Iswardy Morni
Bila Rafizi bagi formula pentadbiran dan menteri selepas kemenangan dulu, dia dikatakan pecah belahkan parti dan gila kuasa. Dia dicemuh dan dicerca serta di hina walaupun macam-macam dia buat termasuk tubuhkan pakatan harapan bersama Kak wan dan tubuhkan invoke dengan dana sendiri.
Masa tu berebut-rebut mintak jawatan menteri. Ratio dan tolak ketepi dah. Tak kira walau ada hanya 11 kerusi, dia tak kisah amik jawatan menteri dan timbalan paling banyak. Sampai rafizi kata “The appointments of the heads of Bersatu, DAP, and Amanah as cabinet ministers were unilaterally made by Dr Mahathir Mohamad without PKR’s consultation, claims PKR vice-president Rafizi Ramli.”
(pelantikan ketua Bersatu, Dap dan Amanah sebagai menteri dilakukan dengan sendiri oleh Mahathir tanpa perbincangan dengan PKR). Ramai tak puas hati dengan kenyataan ini dan maki dia.
Bila dia kata ketamakan itu menyebabkan imej PH merudum, dan sikap acuh tak acuh terhadap kerja menyebabkan rakyat marah, tak de sapa nak dengar. Lagi sekali dia kena maki.
Bila Rafizi dah tiada, kini, aku nampak, Pakatan Harapan sudah hilang punca dan arah. Sekejap Reset, sekejap Resetting, sekejap reform, sekejap gabung, sekejap mandat rakyat.
Kita kehilangan punca nak bergerak ke depan. Semua Punahsihat Punahsihat tak kisah dari mana pun, hanya bertenggek menunggu ghanimah (harta rampasan) apabila kembali berkuasa. Akhirnya, reform (Islah) itu kembali menjadi retorik dan slogan produk semata-mata walhal yang diintai ialah kuasa, pangkat dan projek.
Now, jelas dan sangat jelas apa yang Rafizi maksudkan. Tak pernah salah dia beransur ketepi memberi pengajaran. Kadang kita cakap jangan orang tetap nak buat, bagi dia sendiri terjatuh, mungkin baru dia “sedar”
Insya-Allah don’t worry. Kita bagi je yang “bijak pandai” jaga dan atur sekarang ni.