Aman Muhammad
Seriously Tanaka Mustafa Dr Tanaka Mustafa, apa yang Sanusi buat sebagai MB sebenarnya?
1) Sepanjang Sanusi jadi MB Kedah hampir 7 bulan ni, takkanlah takde langsung pelaburan baru masuk ke negeri Kedah?
2) Apakah tiada langsung pendapatan dari sumber baru atau pelaburan baru oleh Sanusi sepanjang tempoh 7 bulan ni?
3) Setakat ini, masih tidak dengar apa-apa pengumuman projek-projek baru untuk negeri Kedah. Yang ada pun tang Sanusi umum pasal nadir bumi anugerah Allah bernilai RM43 trillion yang akhirnya menjadi bahan ketawa media antarabangsa pula.
4) Manakala kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga Oktober 2020, berjaya merekodkan pelaburan baru bernilai RM9 bilion. Setara zaman Covid-19 pun DAP berjaya bawa masuk pelaburan ke Pulau Pinang. Jadi apa alasan Sanusi yang gagal bawa masuk pelaburan ke Kedah?
5) Apakah kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya dapatkan pelaburan RM9 bilion itu, lalu Sanusi ambil kesempatan untuk menuntut pampasan air sungai yang tidak wujud dalam undang-undang tu? Ni dah patut kata dah masuk hasad dan dengki dah ni. Put the puzzles together, dah nampak gambaran sebenar?
6) Aku teringin jugak nak baca berita Sanusi umum projek pelaburan untuk negeri Kedah yang mampu menjana ekonomi untuk rakyat negeri Kedah (selain balak). Tapi setakat ni takde satu berita pun yang aku jumpa.
7) Kalau search nama Sanusi kat google News, yang keluar hanyalah berita dia bergaduh je. Bergaduh dengan Hindu, bergaduh dengan Penang, pastu jadi bahan ketawa pasal REE. kalau diikutkan dari segi imej seorang MB tu dah hancur sebenarnya. Camne nak tarik pelabur dengan imej seorang MB macam ni aku geleng kepala sahaja.
8) Jadi Tanaka, aku harap kau tolonglah nasihat kat Sanusi tu. Sudah-sudahlah bergaduh pasal sungai dan kuil Hindu tu. Tumpukan kepada pembangunan negeri Kedah, pikir camne nak cari sumber ekonomi baru untuk Kedah. Apa yang Sanusi buat hari ni mungkin hanya menang sorak walaun PAS sahaja, tapi hampir pasti akan hilang kepercayaan rakyat Kedah seluruhnya
9) Jika anak Mahathir sebelum ni berjaya bawa pelaburan ke Kedah ketiga tertinggi di Malaysia, janganlah sampai Sanusi bawa Kedah jadi tempat tercorot bawah pada Kelantan pula.
10) Jadi tiada alasan untuk Sanusi gagal tarik pelabur kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya tarik pelabur walaupun dalam musim Covid-19, melainkan Sanusi dan PAS Kedah memang tak reti urus ekonomi negeri seperti Kelantan, yang akhirnya menjadi antara negeri yang paling ramai Melayu miskin di Malaysia.
Sekian.
🙂
….
Ini semua salah dap sebab tak byar air ke kedah. Mana kedah nak dapat duit oiii. Xkan nak membalak lagi kot. Hbs la gondol mcm pahang dengan kelantan.