Dalam Sidang dewan Negara tadi.. Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong membangkitkan tentang kononnya keputusan kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.. kira cabutan Loteri lah tu..
Setahu aku untuk tambah atau kurang lesen cabutan bertuah, Atau Special Draw ini kena kelulusan dan lesen dari Menteri Kewangan..Menteri Kewangan hari ini dari kalangan bani melayu Islam.. Kerajaan hari ini pun Kerajaan 98% Melayu Islam yg dibarisi Ulama’..MCA sorang jer.. Tu pun Ulama tak bersuara.. Mufti Utara apa lah lagi..
Zaman PH, Menteri kewangannya Lim Guan Eng.. dari DAP..Cina dan dah tentu lah bukan Islam.. tapi apa Lim Guan Eng buat ? Kerajaan Pakatan Harapan telah mengurangkan kekerapan cabutan khas loteri Daripada 22 kali pada tahun 2018 zaman BN dari 22 cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun….
Lim Guan Eng yang kurangkan lesen Judi ni..Inilah Menteri yang dituduh anti Islam dalam surau dan Masjid… Hat dituduh Anti Islam ni tolong kurangkan cabutan loteri yang diluluskan zaman Bani Melayu UMNO keluarkan lesen Judi.. bukan takat tu, LGE naikkan cukai Judi dan Kasino hat sedia ada..
zaman PH Guan Eng naikkan bantuan Sekolah Agama dan Pondok.. Tapi kurangkan lesen Judi..hat Bani Melayu kurangkan bantuan khas SAR, penaik jumlah cabutan Loteri..Andai betul apa yang didedahkan Liew Chin Tong..Malanglah Negara ni..dalam keadaan dilanda wabak, Depa pi tambah lesen cabutan Judi..
Dalam sejarah Penubuhan PAS.. awalnya ditubuh Ulama UMNO terutama Hj Ahmad Fuad..Kenapa kelompok Ulama UMNO ini keluar dari UMNO ? sebab ulamak UMNO telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair dan kaberat..
Hari ini situasi masih sama.. Kerajaan masih keluarkan lesen Loteri..Kasino masih gah..hiburan masih berleluasa walaupun Kerajaan 98% Melayu Islam.. kalau dulu ada kes Murtad si Natrah..hari ni pun ada kes pasal perkahwinan si Najwa.. Kalau dulu ada kaberet.. Sekarang ada pertandingan Miss Malaysia.. cuma Ulama PAS berbeza dengan Ulama UMNO dulu..sebab depa cuma minta tukar nama pertandingan.. bukan halang pun… cuma tukar nama…
Maknanya..Kalau takda bantahan dari PAS.. Mufti hat tak guna dari utara tu… Ulama Ulama’ PAS lebih teruk lah dari Ulama UMNO hat keluar UMNO dulu sebab bantah Loteri khas dan Kaberet.. Mungkin ini Ulama kaberet.. 🙂
Ipohmali