Semua orang pakat resah pasal kartel daging haram..Seolah olah termakan daging haram ini satu Dosa yang amat besar… Tak payah risau lah.. Kalau termakan pun, Konsep Dosa ni.. hatta seseorang Jahil hatta tidak sedar..terlupa akan kesalahan dia, Ianya dimaafkan… tu sebab dalam Surah Al Fathir ayat ke 18 menyebut..
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
“Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa)..
Jadi beban Dosa itu atas pemerintah dan hat orang bertanggung jawab lah.. Termasuk depa hat makan rasuah tu… disebutkan jelas dalam hadis Nabi SAW..
وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ…
“..dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya..”
Bab Makanan ni..Jangan kata kita tak tahu…Hatta dalam Keadaan Dharurat pun ianya dihalalkan… Pernah dihadapkan dihadapan saidina Umar seorang pencuri unta bani Muzainah oleh pekerja Hathib yang kelaparan , Setelah Saidina Umar mahu tegakkan ahd keatas mereka..
Lalu Saidina Umar bertanya kepada pencuri tersebut.. mengapa kamu mencuri ? Jawab pencuri itu kami kelaparan.. setelah mendapat penjelasan Hathib , Saidina Umar melepas kan mereka dari had Hudud dan Saidina Umar melafazkan firman Allah sebagai alasan..
Saidina Umar membacakan ayat 173 dari surah Al-Baqarah….
فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ..
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..
( Surah Al-Baqarah : Ayat 173 )
Sebab dalam kaedah Fiqh disebut yang diambil dari ayat Qura diatas..
(الضَّرُوْرَاتُ تُبِيْحُ المحْظُوْرَات )..
Dalam Keadaaan Dharurat Membenarkankan yg dilarang…”
samalah Halnya dalam isu Vaksin dan dulu ada kononnya ekstrak dna Babi dalam coklat Cardbury..Tu Ulama dah bahas dah…
Jadi sapa yang Perlu risau ?
Hat Perlu risau bukan yang termakan daging Unta.. Daging Kuda atau daging Kanggroo. Hat perlu dirisaukan hat sengaja pi makan hasil dan gaji Haram yang bukan dari hak dia… Apalagi dari perbautaan merampas seperti meramaps sebuah Kerajaan…
Sebab hat ni ada disebut dalam satu Kaedah..
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ..
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan(Dosa Dosa)..”
Jadi yang perlu risau, Orang Agama, Mufti, Ulama hat sengaja makan gaji haram.. Ada hat makan gaji buta jadi Menteri.. Ada makan gaji buta jadi Duta Timur Tengah..ada hat Jadi Senator.. dan Ada Mufti hat makan Gaji Buta tetapi Berpolitik…
Jadi Yang patut dirisaukan esok dihari perhitungan..Seorang Mufti yang dibayar untuk kerja kerja Agama.. Tetapi dia Menghasut dan Berpolitik..Apalagi merosakkan Negara.. Mufti hat Makan Gaji haram ni jauh perlu dibimbangkan dari termakan daging Kuda atau Kanggaroo.. 🙂