Rata-rata warganet mempersoal sejauh mana perkembangan usaha Pas dalam memerangi judi setelah menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional.
Ahli Parlimen Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary ketika PH menjadi kerajaan pernah menggesa usaha memerangi judi bukan terhenti setakat perjudian haram, dalam kenyataan pada 18 Jun 2019.
Usaha tersebut termasuk diharamkan judi yang ‘dihalalkan’ oleh kerajaan, khasnya Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai.
Reaksi beliau susulan usaha dan amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid dalam memerangi judi haram.
“Kenyataan Abdul Hamid sepatutnya menjadi komitmen semua menteri kabinet khasnya Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri,” katanya.
Ahmad Marzuk menegaskan tahun lalu tiada pihak yang dapat menyangkal kedudukan Pas yang telah lama mempelopori usaha memerangi judi di negara ini.