Dengan hormatnya status ini tertuju langsung kepada warga Kelantan yang berada di luar Kelantan khususnya. Saya bercadang ingin mengundang anda sekalian untuk bersama bergabung dalam satu kumpulan apa disebut Muafakat Minda Kelantan (MMK) bagi mencari solusi kepada permasalahan yang ada di Kelantan ketika ini.
Kita sedar dan insaf dengan apa yang berlaku dan terjadi terhadap negeri Cik Siti Wan Kembang waktu ini yang mana masih mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam beberapa aspek khasnya pembangunan.
Kita tidak boleh menolak kelemahan ini kerana kita disebabkan ketaksuban kepada sesuatu pihak. Kita harus realistik.
Setelah rakyat memberi peluang dan ruang selama 30 tahun kepada Pas untuk mentadbir dan menguruskan negeri Kelantan, tampaknya ia tidak digunakan sepenuhnya seperti didambakan.
Masa dan peluang yang ada disia-siakan begitu sahaja. Seperti tidak ada kesedaran untuk menjanakan Kelantan dengan kuasa yang ada. Di pihak kerajaan pula seakan ketumpuan idea untuk membangunkan Kelantan dan memanfaat setiap aset yang ada. Kerajaan Pas yang ada kini semacam kekal berada dalam acuan sama baik dalam berpolitik dan falsafah dalam membangunkan negeri.
Bertolak dari itu, saya kira semua rakyat Kelantan dan orang asal Kelantan perlu mengambil bahagian bagaimana untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang perkembangan dan pembangunan material dan rohani selari dengan negeri-negeri lain. Habull watan minal iman, haruslah dihayati oleh semua kita orang Kelantan.
Justeru saya mengundang anda yang tidak berpihak dan diselaputi karat siasah kepartian, yang berfikiran bebas, terbuka dan rasional serta ada semangat sayangkan Kelantan untuk bergabung dalam talian atau medium ini.
Menerusi MMK ini nanti kita dapat membantu membangunkan Kelantan bukan menerusi fizikal atau material tetapi menerusi minda dan idea.
Kelantan memiliki ramai profesionalis dalam berbagai iktisad. Mereka bertebaran di serata dunia. Selama ini mereka banyak menjadi pemerhati dari jauh terhadap apa yang berlaku. Mereka mempedulikan politik hanya setiap lima tahun sekali sahaja, balik untuk mengundi.
Banyaknya yang mengambil sikap tawaquf kerana kononnya tidak mahu terlibat dan menganggap tidak perlu berperanan. Sikap itu salah sebenarnya dan menyimpang daripada maksud Allah syariatkan kita atas muka bumi ini, sesungguhnya Aku ciptakan Jin dan Manusia untuk berbakti kepada-Ku dan menjadi Khalifah dimuka bumi ini.
Dengan mengira sudah sampai masanya kita memberi komitmen menggunakan kebolehan, idea atau apa sahaja yang kita ada, wajar diinfakkan apa-apa yang kita miliki demi Kelantan.
Mereka yang berminat untuk bersama dalam MMK ini boleh mendaftarkan diri, dengan WhatsApp kepada saya (019-233 6996) atau Email msomelayu@yahoo.com. Sekiranya ada sambutan tindakan selanjutnya akan diumumkan. Terima kasih atas perhatian. Trims.