Raja Gelap
Tadi aku scroll di Twitter, terjumpa video Syed Saddiq. Aku tak tengok penuh sebab berasa mual. Antara yang dia sebutkan, “kita dulu jatuh sebab bergaduh, bergaduh sebab jawatan. Orang yang sama, sampai hari ini, sudah tiada jawatan pun masih bergaduh…”
Itu yang aku mual. Bercakap macmalah dia betul sangat. Tapi aku nak beritahu, tiada pergaduhan pun masa PH memerintah. DS Anwar tak pernah desak Mahathir letak jawatan. Mahathir saja yang rasa tertekan sebab dah mula rasa terikat dengan janji.
Ok, tapi bukan itu yang aku nak ulas.
Aku mula nampak satu trend dalam kumpulan pembenci DS Anwar ini. Nampaknya mereka sudah tukar taktik apabila taktik pertama mereka iaitu mengangkat Mahathir sebagai wira negara dan mangsa pengkhianatan Muhyiddi ternyata gagal.
Kemudian mereka cuba burukkan DS Anwar dengan menuduh DS Anwar sebagai gila kuasa. Sesetengah pihak pergi lebih ekstrem hingga menyebut kes liwat dahulu walaupun puas dijelaskan bagaimana terangnya kes itu suatu fitnah.
Tapi kebanyakan mereka orang muda. Sewaktu perbicaraan Liwat 1.0 mereka masih budak hingusan. Sebab itu mereka tak tahu kisah sebenar. Cuma masalahnya bila kita beritahu, mereka bodoh sombong, tak mahu dengar penjelasan.
Kini nampaknya mereka mula tukar strategi apabila kedua cara sebelum ini gagal. Apa dia? Mereka mula meminta kedua-dua DS Anwar dan Mahathir berundur. Dan aku rasa cara ini lebih berkesan dari 2 taktik sebelumnya. Macam ada sambutan.
Mereka sedar memburukkan DS Anwar dan mengangkat Mahathir takkan berjaya. Kini mereka mula meracun fikiran rakyat supaya menolak kedua dua pemimpin ini. Dengan cara ini mereka nampak seperti neutral dan lebih mudah diterima.
Tapi… Aku tak percaya mereka. Kenapa?
Sebab persoalannya, siapa tokoh yang mahu diangkat sebagai pempimpin sekiranya betul DS Anwar berundur dari arena politik? Siapa?
Shafie Apdal? Pegang Sabah pun tak ke mana. Mukhriz? Kalaulah Mukhriz itu bukan berbinkan Mahathir, dia bukan siapa-siapa dalam politik Malaysia. Hanya melukut di tepi gantang.
Rafizi? Nurul Izzah? Saifuddin Nasution? Mereka ini bagi aku berbakat tapi belum cukup masak. Terutama Rafizi dan Izzah yang merajuk. Nak jadi ketua tak bolehlah merajuk. Tapi mereka masih muda. Mereka bakal pemimpin masa depan tapi bukan sekarang. Mereka perlu diuji dengan lebih keras.
Habis tu siapa? Mat Sabu? Salahuddin Ayub? Khalid Samad? Adoi… Janganlah buat aku ketawa. Aku akui mereka pemimpin politik yang hebat tetapi untuk pimpin negara, mereka bukan orangnya. Jenis yang tak faham sentimen rakyat, nak pimpin negara bagaimana?
Jadi?
Mahu tak mahu, masa itu mereka ini akan kata kita jemput semula Mahathir untuk jadi mentor orang orang muda ini. Sekejap sahaja. Bila yang muda dah sedia, Mahathir boleh undur diri. Percaya tak kalau aku kata itu rancangan sebenar mereka?
Maka sebab itu jangan terima idea menolak kedua dua pemimpin ini. Itu hanya satu dari helah mereka untuk menyingkirkan DS Anwar. Bukan Mahathir tak pernah guna helah ini dahulu. Konon nak bersara tapi konon ‘diseru semula’ untuk kembali aktif.
Ceritanya mudah. Yang perlu bersara dari politik hanya Mahathir. Tak perlu libatkan DS Anwar. Dan ketika PH berkuasa, DS Anwar tak pernah ganggu pentadbiran Mahathir. Sampaikan Mahathir nak habis satu penggal pun DS Anwar terima.
Yang bersalah, yang berdosa kepada rakyat, yang menipu, yang gila kuasa dan yang mengkhianat hanyalah Mahathir. Maka Mahathirlah yang wajib berundur dari politik Malaysia. Kerana dia seorang sahaja sudah cukup untuk rosakkan segalanya.
Jangan terpedaya dengan permainan licik mereka. Tetapkan pendirian. Kita berdiri teguh di belakang DS Anwar Ibrahim dan menyokong penuh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.