Adrian Lim
- Menteri Kewangan cuba tunjuk betapa ‘berjayanya’ Malaysia di bawah pengendalian PN.
- Dekat FB, ramai komen pujian. Rara-ratanya komen komen ini dari macai macai upahan yang tidak seberapa berpelajaran. Tugas mereka puji kerajaan sahaja.
- Tapi dekat LinkedIn, iaitu platform golongan profesional dan platform yang belum dibanjiri pembawang, posting Menteri Kewangan dijadikan lauk.
Siapa kritik kerajaan hari ini?
Di antaranya……
A. Sven Schneider
CEO EUROCHAM (Dewan Perniagaan Dan Industri Malaysia – Kesatuan Eropah).
EUROCHAM mewakili para pelabur dari Eropah ke Malaysia.
B. Dato’ Thiwakkaran
Setiausaha Agung Persekutuan Pembangunan Perdagangan Dan Pelaburan Asia – Afrika.
Persekutuan Pembangunan Perdagangan Dan Pelaburan Asia mewakili sebilangan masyarakat pelabur di peringkat Afrika dan Asia.
C. Christian Angell Isaksen
CEO Collectr.
Collectr adalah sebuah platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
D. Hilmi Saifullah
Pengurus Jualan Peringkat Asia untuk Thomas International.
Thomas International adalah syarikat yang membuat sistem penilaian dan ‘profiling’ untuk membantu syarikat-syarikat besar lebih mengenali potensi, kekuatan dan kelemahan pekerja-pekerja mereka.
———
Yang kritik betapa teruknya ekonomi Malaysia berbanding negara-negara jiran bukan macai PH. Mereka adalah pemimpin-pemimpin industri yang menggerakkan ekonomi negara, rantau dan dunia.
Pendek kata.
Yang puji kerajaan sekarang cuma orang bodoh, orang kurang berpelajaran, orang IQnya mandul dan orang yang disumbat dedak sahaja.
Orang bijak, orang berpelajaran, orang IQnya tinggi dan orang tidak berkepentingan politik semuanya nampak kegagalan kerajaan hari ini.