Perdana Menteri (PM) tan Sri Muhyiddin Yassin digea menggantung projek pembinaan 3 dewan yang menelam belanja RM35 juga di Pagoh.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata Pagoh telah memilikki 4 dewan orang ramai seperti Dewan Serbaguna Pagoh, Dewan Kompleks Sukan Pagoh, Dewan Seri Pekembar dan Dewan di Hub Universiti Pagoh.
Katanya, pembinaan lebih banyak dewan menimbulkan tanda tanya mengenai keperluan berhimpung penduduk Pagoh ketika suasana darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
“Walaupun PM menerangkan RM35 juta untuk pembinaan 3 buah dewan, ianya masih tidak menjawab isu keutamaan perbelanjaan kerajaan ketika ini dan nilaian untuk pembinaan sebuah dewan melebihi RM16 juta yang dilihat masih terlalu tinggi.
“Sebagaimana PM mengeluarkan arahan projek ini perlu dilaksanakan dengan segera, boleh PM membatalkan projek tersebut dengan segera juga atau sekurangkurangnya menangguhkannya buat seketika?
“Bukankah dengan norma baharu, sudah pasti penggunaan dewan awam adalah terhad dan adakah 4 buah dewan utama yang sedia ada dan dewan-dewan lain tidak mencukupi untuk ketika ini?
“Sepertimana PM boleh menggantung Dewan Parlimen melalui kaedah proklamasi Darurat, kononnya untuk melawat Covid19, apalah salahnya projek pembinaan dewan ini digantung juga?” kata Akmal dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu lagi, adalah lebih baik sekiranya dana membina dewan berkenaan digunakan bagi usaha melawan Covid19 seperti melipatgandakan ujian swab, kapasiti pusat kuarantin dipertingkatkan serta jentera frontliners diperkuatkan.
Selain itu, Akmal juga masih tertanya-tanya mengenai urusan tender apabila arahan menyiapkan dewan tersebut secara segera.
“Bolehkah YAB Perdana Menteri terangkan makna tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan?
Adakah ini tender terbuka atau tidak?
“Berdasarkan isu kandungan surat yang tular, kerja-kerja di tapak sepatutnya bermula pada 1 Mac 2021, tempoh 6 minggu untuk melaksanakan proses tender terbuka dalam suasana PKP dan Darurat adalah agak mustahil.
“Persoalan-persoalan netizen dan saya bangkitkan bukanlah berniat jahat seperti mana tuduhan PM, tetapi kami juga mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaga dana rakyat,” katanya lagi.
Bagi Akmal, apabila kelulusan membina dewan itu dilakukan dengan pantas maka menjadi harapan agar PM dapat membatalkan projek berkenaan dengan pantas juga dan memindahkan dana itu kepada usaha melawan Covid 19