MSO
Pemakluman Menteri Dalam Negeri Mejah Zainuddin yang “pak leh” telah buka kertas siasatan terhadap Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain ekoran tindakan Anwar hantar surat kepada yang diPertuan Agong disifatkan kenyataan berupa ugutan oleh Mejah.
Anwar meminta Mejah memahami isi surat ditulisnya itu dan cuba menguasai bahasa Malaysia (Melayu) sebaik mungkin.
Silaplah kalau Mejah nak ugut Anwar dengan menggunakan polis. Sebelum berbuat begitu patut buat diagnosis dahulu tentang sejarah dilalui Anwar. Sudah beribu ugutan dilemparkan kepadanya. Namun sebagai orang berprinsip dan yakin dengan ketentuan Allah, sedikit pun tidak mewalangkannya.
Anwar seorang yang bukan mudah menggadaikan prinsipnya kerana pelahap kepada kedudukan dan jawatan. Belum ada dalam catatan sejarah yang Anwar lompat parti kerana kejar kedudukan.
Saya kira Anwar tidak akan berganjak dan lari dengan keputusan yang dibuatnya berdasarkan prinsip bukannya bodek atau bercanggah dengan perundangan. Silap Mejah.
Mso Trims.