Kadir Jasin
- Macam ini sajalah supaya mudah faham.
- Pahang kaya dengan balak, bijih dan musang king. Kerana pembalakan dan perlombongan lah banjir semakin tahun semakin teruk.
- Dari dulu sampai sekarang Umno perintah Pahang. Dua Perdana Menteri anak beranak datang dari Pahang.
- Terengganu kaya dengan petroleum dan gas. Balak pun boleh tahan. Diperintah silih berganti oleh Umno dan Pas.
- Kelantan banyak balak. Pembalakan punca banjir dan pencemaran sumber air. Negeri kedua termiskin di Malaysia ini diperintah oleh Pas kecuali dua penggal oleh Umno.
- Sekarang ketiga-tiga buah negeri itu adalah sekutu kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) yang sangat benci kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH).
- Tapi bila Selangor, negeri yang diperintah oleh PH, yang ada DAP di dalamnya, bagi duit bantuan banjir mereka terima pula.
- Kalau PH tak bagus dan DAP “babi”, tak payahlah terima. Silap-silap makan duit haram. Atau guna duit derma untuk diri sendiri. Orang yang berselindung di sebalik agama dan bangsa ni bukan semua boleh percaya.
- Exco Selangor pakai Toyota Camry tapi Exco Kelantan dan Terengganu pakai Mercedes. Selera dan gaya hidup ketua-ketua Pas ini cukup tinggi.
Wallahuaklam.
(Visited 792 times, 1 visits today)