Ipohmali
Semalam terbaca tulisan Haji Hadi tentang rasuah.. antara ungkapan Haji Hadi yang sering digunakan adalah ‘Penyelesaian Islam “, Bukan hanya Rasuah,Hatta Politik dan Jenayah pun semuanya sering diungkapkan soal penyelesaian Islam..
Bila kita tanya apa penyelesaian Islam dan apa model Penyelesaian Islam pasti Haji Hadi tak mampu menjawabnya.. Belum lagi kalau kita tanya, Mengapa Negara non muslim lebih baik indeks Persepsi rasuah, kebajikan dan Kemajuan Negara mereka.. Dah pasti jawapan Haji Hadi akan tersesat dari radar dan GPS Islam itu sendiri.. Pasti dia akan mengulang ” Islam ada Penyelesaian”..
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Baqarah: 188)
2- JAWATAN HAJI HADI GAMBARAN SCHEME OF THINGS..
Tanpa sedar Haji hadi cuba memberikan gambaran dan Tafsiran rasuah dengan melampirkan deretan dalil hadis dan Quran tanpa memberikan tafsiran jelas Ulama akan rasuah…
Dia lupa, kedudukannya hari ini menepati pada maksud Istilah perbuatan Rasuah itu.. Yakni mendapat kedudukan dan Kuasa dan menjadi pengantara dengan cara pujukan(scheme Of Things) pada yang bukan Haqnya..
الْوُصْلَةُ إِلَى الْحَاجَةِ بِالْمُصَانَعَةِ ..
” sesuatu yang menghubungkan kepada keperluan/hajat dengan cara pujukan…”
Manakala jawatan dan kedudukannya hari ini bukanlah dipilih oleh Rakyat.. Tetapi membatalkan Kerajaan yang Haq dipilih rakyat, dan menaikkan sebuah kerajaan bukan atas haknya..ia menepati pada maksud Istilah.
“مَا يُعْطَى لإِبْطَال حَقٍّ ، أَوْ لإِحْقَاقِ بَاطِلٍ ..”
” sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan… ”
Mengambil sesuatu bukan sesuatu menjadi haknya ialah satu Kezaliman.. Pada sudut bahasa zalim atau az- zhulmu bermakna meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya… Disebutkan takrif dalam Lisaanul Arab :
الظُّلْمُ: وَضْع الشيء في غير موضِعه..
“Azh zhulmu(الظُّلْمُ) yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya…”
Manakala Zalim itu juga diertikan sebagai perbuatan, atau tindakan menggunakan milik orang lain tanpa hak. Al Jurjani mengatakan dari Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyya akan Kezaliman itu juga satu bentuk Maksiat.. katanya..
هو عبارة عن التعدِّي عن الحق إلى الباطل وهو الجور. وقيل: هو التصرُّف في ملك الغير، ومجاوزة الحد ..
“ Zalim itu bermakna melalui jalan kebenaran hingga masuk kepada kebatilan,.. dan ia adalah maksiat(menyimpang)… Disebut oleh sebahagian ahli bahasa bahwa zalim adalah menggunakan milik orang lain, dan melebihi batas..”
(Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyyah)…
3- HAJI HADI PATUT BERMUHASABAH..
Bukan hanya kedudukan Haji Hadi, Hatta Menteri Agama sebagai mantan Mufti itupun pada sudut prinsip Demokrasi mahupun pada prinsip Agama ianya tidak menepati kehendak Islam… Biarpun beperwatakan Agama..Sebab termasuk dalam tafsiran sesuatu yang diletakkan bukan pada Tempatnya…
Sifat perampas itu juga satu Dosa besar dalam Islam.. Haji Hadi tidak perlu malukan nama baik Islam dengan memberika tafsiran yg salah tentang rasuah sedangkan kedudukan dia sendiri hari ini dalam kedudukan yang Syubhah.. cuba menukar difinisi rasuah atas imbalan dan sumbangan atas nama Infaq dan sedekah sebagaimana tafsiran Najib..
Malah sifat Al Ghasb(perampas) adalah satu perbuatan yang zalim lagi haram. dengan mengambil hak orang lain secara Bathil.. Allah SWT berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil………”
( surah An Nisaa’ Ayat 29 )
Sebahagian Fuqaha mengingatkan akan perbuatan merampas atau mengambil hak orang lain ini, Mereka yang bersama mereka..akan menanggung akibat dan Kebinasaaanya..
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ..”
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan(bertanggungjawab).”
Bukan para fuqaha meletakkan dosa atau kebertanggungjawaban dari perbuatan merampas dan khianat ini, mereka yang bersama juga akan memikul bebannya ?
Maka Bertaubatlah Wahai Haji Hadi..