Tunjuk perasaan besar-besaran di Myanmar menentang pemerintahan junta tentera belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Minggu ini genap 7 hari kebangkitan terus menerus rakyat di jalan raya tanpa menghiraukan perayaan Tahun Baharu Luna yang disambut penganut Buddha.
Berbanding seminggu lalu, tunjuk perasaan yang disertai rakyat biasa di jalan-jalan utama pusat kewangan Yangon, Mandalay dan ibu negara Naypyidaw kini disertai pelbagai golongan.
Tunjuk perasaan pada setiap hari itu juga semakin membesar, mencatat penyertaan ratusan ribu rakyat pada Jumaat dan Sabtu.
Polis pencegah rusuhan dan tentara hanya membuat hadangan di pusat pentadbiran Naypyidaw namun di Yangon dan Mandalay sepenuhnya dikuasai rakyat.
Saluran berita Australia, abc news melaporkan tunjuk perasaan kali ini disokong oleh pelbagai golongan.
“Dari wanita kepada sami Buddha, juga kumpulan minioriti turun melakukan protes menunjukkan sokongan dan kesatuan.
“Penunjuk perasaan mengangkat 3 jari sebagaimana penunjuk perasaan di Thailand tahun lalu menunjukkan penentangan melawan junta (tentera).
“Rakyat telah menikmati demokrasi sejak 5 tahun lalu dan tidak lagi mahu kembali (ke perintahan tentera),” kata abc news dipetik.
Kelemahan tentera terbayang selepas seminggu apabila pasukan polis di wilayah Kayah dilaporkan meninggalkan tugas dan bergabung dengan demonstran.
Di pusat kewangan Yangoon sebahagian perkhidmatan awam, jurutera, jururawat dan terbaharu pemain bola kebangsaan Myanmar turut bersama-sama turun ke jalan raya menyertai protes.
Demonstrasi juga dilaporkan merebak ke pekan-pekan kecil namun masih berjaya dikawal oleh pihak berkuasa setempat.