Apabila mahkamah diberitahu adanya penemuan oleh para pakar berkaitan dengan aktiviti seks Saiful maka banyak yang terdedah dan didedahkan oleh teknologi moden hari ini. Terbaru analisa oleh peguam terkenal Karpal Singh berkenaan amalan seksual si pemfitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kini rakyat Malaysia sedang terbeliak mata dan melopong mulut-mulut mereka apabila mendapati betapa mudahnya untuk pihak pendakwa mereka tuduhan sedang apabila pakar-pakar menjelaskan penemuan mereka semua menunjukkan kecelaruan yang amat jelas dan nyata wujudnya kospirasi oleh pihak berkuasa untuk memenjarakan Anwar sekali lagi.
Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.
Fokus perbicaraan pagi ini adalah sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.
Namun, Karpal yang berusia 71 tahun yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.
Beliau menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.
Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawap soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut.
Namun, apabila Karpal membuktikan relevan soalan berkenaan, hakim Zabidin berlembut.
Menurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.
Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.
Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.
Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?
Dr.Seah : tidak mustahil.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.