Saya benar-benar terperanjat membaca berita mengenai Raja Salman, Raja Negara Arab Saudi, memecat Menteri Haji dan Umrahnya yang telah memberikan kouta tambahan sebanyak 10 ribu kepada Malaysia.
Apa sudah jadi ?
Saya ingatkan kouta itu adalah hadiah buat umat Islam di Malaysia sempena lawatan PM Malaysia ke Arab Saudi.
Kenapa boleh jadi sampai macam itu ? Apa yang sebenar sudah berlaku ? Apakah ada skandal rasuah yang berlaku di sebalik penambahan kouta tersebut ?
Kalau bukan kerana satu kesalahan yang berat, mana mungkin sampai di pecat ?
Kalau pemecatan ini kerana kesalahan rasuah dan melibatkan kerajaan Malaysia, nauzubillahi min zalik ! Ini benar-benar memalukan seluruh rakyat Malaysia.
Sesuatu yang cukup menjijikkan dan sangat memualkan !
Secara logiknya penambahan kouta Haji itu memang tidak masuk akal. Ini kerana pandemik Covid 19 masih belum reda lagi. Lebih masuk akal kalau kouta tersebut di kurangkan.
Namun sebagai umat Islam kita patut rasa bersyukur kalau berita penambahan kouta itu benar. Kita tetap bersangka baik. Mungkin ini hasil kehebatan TSMY dalam bidang diplomasi antarabangsa. Tetapi bila meletus berita seperti ini, sudah pasti sangkaan tersebut menjadi sebaliknya.
Jangan salahkan rakyat kalau rakyat beranggapan serong kepada TSMY. Ini kerana wujudnya kluster katak lompat dalam arena politik Malaysia mewajarkan anggapan tersebut.
TSMY perlu bertanggung-jawab sepenuhnya dalam isu ini. Sudahlah keadaan dalam negara menjadi huru-hara sejak beliau menjadi PM, takkanlah reputasi negara di peringkat dunia juga mahu di hancurkan dengan kerenahnya ?
Apa yang berlaku tidak harus berlaku. Ini perkara yang cukup besar. Ini melibatkan soal ibadah umat Islam. Perkara yang berkaitan dengan Rukun Islam yang kelima.
Di dalam negara panas dengan isu Kalimah Allah. Di luar negara panas dengan isu Kouta Haji.
Apa nak jadi ?
Bagi saya secara peribadi, this is way too much !
Hanya ada dua pilihan buat TSMY. Sama ada meletak jawatan sebagai PM Malaysia atau beliau harus di pecat oleh YDPA atau Majlis Raja-Raja Melayu.
Itu sahaja !
Kalau dua perkara ini tidak juga berlaku maka parlimen perlu bersidang khusus untuk memecat TSMY sebagai PM Malaysia.
Kalau ini juga tidak berlaku, saya pun dah tak tahu lagi apa nak cakap. Kita memang tak layak bernegara !
Duduklah di rumah masing-masing selama 40 hari. Bermuhasabah diri ! Semua ini sudah tidak masuk akal…
Peristiwa memalukan ini akan terus terpahat dalam sejarah hitam hubungan antarabangsa kita.
Pagi ini saya tak ada mood nak memujuk, merayu, mengoda, menginspirasi dan memotivasi anda semua. Saya sendiri kehilangan motivasi dengan berita ini.
Apa pun terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca nota pendek saya ini.
Dari sahabatmu yang pagi ini terpaksa merangkak ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.