Askar PPBM malam tadi sibuk menyebarkan audio rakaman mirip Zahid dan Anwar.
FAKTA
Sumber rakaman?
Mohon didedahkan sumber rakaman itu dari mana? Adakah dari teknikal Cawangan Khas seperti audio Najib Rosmah. Adakah kerja Shuhaily lagi untuk naik jadi Pengarah? Harap Tun Faisal tolong dedahkan sumber mana kerana jika benar dari Cawangan Khas maka telah berlaku pelanggaran banyak Undang-Undang serta pencerobohan hak rakyat.
Rakaman Pasal Apa?
Sekadar ucap tahniah dan bagitahu dengar ucapan penggulungan UMNO. Ada tq, ada sebut tactical. Tactical untuk apa? Untuk selamatkan negara dari dihancurkan Mahiaddin.
Mesejnya
- PKR dengar ucapan Perhimpunan Agung UMNO 2020.
- PKR akui UMNO is dominan.
- UMNO amat relevan dalam politik Malaysia.
- Mahiadin tiada majoriti dan penakut.
Persoalan
- Mesej Anwar akan mengadap. Mengadap siapa? Dan siapa ketakutan?
- Ada ucapan sokong Anwar sebagai PM? Tiada
Zahid kawan Anwar dan mmg rapat – tapi Muhyiddin lagi rapat
1996 Muhiadin menang jawatan Naib Presiden UMNO dalam team Wawasan tapi Tun M tidak lantik jawatan kabinet. Anwar pujuk Tun M lantik Mahiadin dan dilantik Menteri Belia Sukan.
Kesimpulannya
- No Anwar dalam konteks Parti dan kerjasama Politik. Takkan nak berkawan pun tak boleh? Jika boleh gunakan Anwar untuk desak bubar Parlimen apa salah.
- Tiada perbincangan untuk jual aset atau beri projek kepada Anak or menantu. Seperti Adlan dan Fakry dapat projek berbillion.
- Watikah masih atas logo BN. Tidak seperti Mahiaddin yang guna logo PKR pada pru 14.