Diam tak diam PRU 12 telah lama pergi dan kini riuh rendah menanti PM umumkan pembubaran parlimen Malaysia bagi membolehkan diadakan PRU 13 dan memilih ahli-ahli parlimen baru Malaysia sekaligus melibatkan juga pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri jika negeri tersebut ikut sama membubarkan DUn mereka sepertimana kerajaan pusat.
Pada PRU 10 calon PAS bagi parlimen Jerantut ialah juga nak tempatan dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang paling lama juga berkhidmat kepada parti. Seorang berkelulusan Undang-Undang dan sebagai seorang peguam beliau sering membela PAS dalam kes mana-mana pihak menyaman parti.
Tuan Syed Ibrahim Syed Abd Rahman nyaris memenangi parlimen Jerantut dengan hanya ketinggalan lebih 1000 undi sahaja. Tahun 1999 mencatatkan kejayaan pakatan pembangkang dengan menggelarkan mereka sebagai Barisan Alternatif merangkumi KeADILan, PAS,DAP dan juga PRM.
Selepas daripada itu dalam PRU ke 11 PAS meletakkan seorang bekas pensyarah universiti dan memegang pencapaian akademik yang agak bagus kerana berjaya meraih Phd dalam pelajarannya. Berasal dari Kg Batu Balai, Jerantut anak bekas penghulu di sana yang mempunyai ahli keluarga yang agak ramai dan terkenal.
Beliau ialah Ustaz Dr Hamzah Jaaffar yang memulakan pendidikannya dalam bidang agama sehingga terjun dalam bidang perniagaan selepas melepaskan jawatan selesanya di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Atas pelawaan Allahyarham Tuan Haji Abd Malek Yusof bekas ADUN Tahan dan aktivis Felda serta pejuang rakyat Dr Hamzah menyahut cabaran dengan berada dalam saf kepimpinan PAS Kawasan Jerantut sebagai Timbalan kepada Haji Malek. Akhir di atas keuzuran YDP Kawasan maka Dr Hamzah dipilih menjadi YDP yang baru.
Pada PRU ke 11 Dr Hamzah berjaya mempertahan undi PAS bagi kawasan parlimen Jerantut dan pada PRU 12 beliau sekali lagi membuat kejutan dengan berjaya mengurangkan undi bagi BN dengan majoriti bawah 1500 undi sahaja.
Maka kini BN merasa usaha PAS untuk menawan parlimen bukan main-main dan PAS telah bekerjasama dengan begitu mantap dengan DAP yang mewakili sebahagian besar pengundi Cina dan begitu juga PKR yang menyatukan bekas-bekas Umno dan juga kaum lain.
Kebangkitan ahli penyokong PAS dari kelab DHPP pimpinan Sdr Balasubramaniam yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan yang tinggal di Jerantut menambahkan lagi keyakinan PAS untuk bertakhta di parlimen Jerantut yang sudah barangtentunya YDP PAS Jerantut layak sekali lagi di amanahkan sebagai calonnya nanti pada PR 13.
Oleh kerana itu Bn melalui Umno Jerantut telah berhempas pulas memperkukuhkan jentera mereka bagi mempertahankan parlimen Jerantut dari dirampas oleh PAS dan PR. Kekuatan Pakatan Rakyat di sana merunsing dan membimbangkan Umno.
Ini kerana saban minggu PAS bersama rakan dalam PR sentiasa mengadakan program berbentuk ceramah, santuni rakyat, lawatan rumah ke rumah dan pihak muslimat serta wanita PKR sering mengadakan perjumpaan dengan rakyat dalam parlimen yang paling luas itu.
Maka dengan pimpinan Ustaz Dr Hamzah Jaaffar dan juga Cikgu Koh yang mewakili DAP dan pimpinan PKR di Jerantut bakal menyumbangkan kerusi untuk Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan persekutuan di Putrajaya nanti, InsyaAllah.