Benar Iswardy tidak pegang apa-apa jawatan rasmi dalam parti, tetapi dia tetap seorang anggota Keadilan.Isunya: adakah kita hendak “abandon” atau campakkan dia begitu saja?Adakah kita hendak buang Iswardy ke lebuhraya untuk dilanggar sesiapa?
Iswardy disiasat antara lainnya di bawah Akta Hasutan.Tidakkah Parti Keadilan berpendirian untuk mansuhkan Akta Hasutan.Adakah kita sudah tidak berminat lagi dalam reformasi undang-undang sebegini?
Kita mungkin tidak bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh Iswardy, tetapi adakah kita tidak menghormati hak beliau untuk bersuara? Tidakkah kita sering sebut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak untuk rakyat bersuara dan menyatakan fikiran.
Adakah kerana beliau mengkritik golongan feudal dan raja, atau Yang di-Pertuan Agong maka kita terus sisih dan buang anggota biasa kita begitu sahaja?
Begitukah sebuah parti reformasi melayan seorang anggota biasa yang tidak pegang apa-apa jawatan dalam parti.
Adakah kita mengamalkan peribahasa…”panas setahun..tidak dikenangpun kerana hujan sehari”.Adakah ini nasib yang akan menimpa Iswardy?
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang