Penutupan Dataran Merdeka oleh DBKL pukul 2.30 pagi tadi dijangka tidak menghalang demonstrasi Bersih 3.0 esok.
Banyak pihak menaganggap Bersih kali ini lebih fleksibel berbanding tahun lalu dengan 6 tempat berkumpul utama berbanding 3 tempat sahaja pada 9 Julai 2011.
Malam tadi, dalam ceramah di Taman Melewar penyanyi Dayangku Intan menyeru agar aktivis keamanan turun ke jalan raya pada 28 April untuk menjayakan Bersih 3.0
“Saya menyeru agar rakyat Malaysia hadir dalam Himpunan Bersih 3.0 untuk memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemar dengan kerja kotor Umno dan SPR.
“Rakyat Malaysia harus membuat perubahan pentadbiran negara bagi memastikan negara Malaysia selamat daripada diurus pentadbiran kerajaan Umno-BN yang korup.
“Insya-Allah saya bersama keluarga akan hadir tanda menyokong himpunan ini bagi menuntut pilihanaraya bersih, adil dan tulus,” kata beliau dalam ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Gombak.
Sementara itu, A. Samad Said dalam wawancara dengan internet Radio Bangsar Utama malan tadi menegaskan:
“Duduk Bantah bukan cebisan sejarah, bahkan ia adalah mega sejarah,
“Selama 54 tahun pilihan raya di negara ini – landasnya tidak betul. Ya, Bersih 3.0 lebih payah untuk ‘dilanggari’ (pemerintah),” katanya .
Para mahasiswa juga dilaporkan akan kembali dengan aktiviti berkhemah meskipun Dataran Merdeka telah ditutup. Bersih 3.0 dilihat lebih meriah berbanding demo yang lalu
Sekurang-kurangnya Pak Samad berusia hampir 70an membankitkan semangat anak muda untuk lebih cekal berhadapan pemerintah. Jika sasterawan setua itu masih mampu berdepan dengan gas pemedih mata dan belantan FRU, apalagi anak muda yang boleh berlari dan ‘meloncat’ ke sana sini.
Dalam pada itu sekatan jalan raya dilaporkan mula dilakukan oleh pihak polis di beberapa tempat, terutama di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, Jalan Kuching dan beberapa jalan masuk ke ibu kota. Bagaimanapun, peserta Bersih boleh menggunakan MRR2 atau jalan berhampiran Kampung Pandan, Ampang dan beberapa batang jalan alternatif lain.
Puisi dedikasi buat Pak Samad
Sasterawan tua, perwira Bersih 3
(dedikasi buat Pak Samad)
Dia seorang tua, tenaganya muda
Tak mengira senja usia atau uban memutih di kepala
Semangatnya membara menegak panji-panji keadilan
Dia dibedil pemedih mata di KL Sentral
Hilang capal di tengah keributan, tersedak, merangkak
Namun digagahinya bangkit, berjalan
Setapak, sederap menongkah arus,
FRU, polis minggir!
Lalu tega berdiri hadapi kawat berduri di Jalan Petaling,
Berbekal sekeping memorandum buat Agong:
Bersihkan pilihan raya!
Dia benar-benar tua raut wajahnya
Namun semangatnya, umur belasan
Senjatanya puisi, dipantak ke minda anak muda
Bangkit melawan
Kedurjanaan, kebobrokan, kekejaman!
Dia laung puisi di medan politik
Rakan-rakan menuduhnya dibayar
Pemimpin menuduhnya derhaka
Polis hanya tertawa, sasterawan tua tak bisa apa-apa
Bersih 3.0, dia bangkit lagi,
Memimpin gerakan,
Tubuh tua itu akan turun gelanggang
Buka dada:
Penguasa, senapang, meriam air, apa mahumu!
Aku saksi Jepun mengebom Singapura
Aku saksi British tewas di tangan anak bangsa
Aku saksi Malaya merdeka
Aku suburi minda merdeka,
Salina, Langit Petang, Daerah Zeni, puisi-puisi itu, buktinya
Aku tulis rencam berita, gelojak zaman,
Utusan Zaman, Berita Harian, New Straits Times, hadiah penaku
Kini, lewat lima darsawarsa,
Penjajah kembali
Bertukar kulit dan rupa,
Membawa kezaliman, penindasan tetap sama
Aku katakan, umurku 77
Aku tidak rugi apa-apa di hujung usia
Aku tidak mati sia-sia dengan perjuangan ini
Suaraku, buat anak bangsa
Nyawaku, buat agama dan watan tercinta
Ayuh! bangkit, cerahkan demokrasi
Singkir tirani, kuku besi
Bebas! Bebas! Bersih! Bersih!