Ipohmali
1- Hari ini hanya 4611 Kes Positif dicatatkan berbanding 5293 Semalam..katanya terendah sejak pertengahan Mei.. Pun begitu jumlah kematian dicatatkan jauh lebih tinggi dari 60 kematian semalam dan 69 Kematian hari ini..Jumlah pesakit di ICU kekal sama seperti semalam biarpun kematian dicatatkan hampir 70 orang..
2- Sudah pasti kes positif rendah, Bila jumlah saringan juga menurun sebanyak lebih hampir 20 ribu.. Kalau dibandingkan 3 Minggu dulu, Ia hampir separuh jumlah saringan 3 minggu lalu.. Kalau ikutkan peratusannya, Ianya satu Kegagalan teruk..
3- Hari ini genaplah 3 Minggu perlaksaaan MCO bermula 1 jun, Hanya tinggal 1 Minggu lagi fasa kedua MCO.. Sudah pasti ia tekanan besar bagi Kerajaan mahu tunjukkan ianya satu kejayaan MCO/PKP sedangkan dengan mengurangkan saringan dan akhirnya membiarkan lebih ramai pesakit tidak bergejala dan berpotensi bergerak dalam masyarakat..
4- Bayangkan.. Kata ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin : ” Program ujian komuniti (pandu lalu) kami dihentikan oleh pihak berkuasa pagi ini, (serta) mengancam membatalkan lesen doktor ..Ini mengarut..” Bayangkan.. Ujian kendiri pun cuba dihalang, Apa motif mereka..Tertekan sangat ker ?
5- Nampaknya Kerajaan Gagal hari ini terdesak menutup Kegagalan mereka.. Sudah sudah lah.. Letak lah jawatan wahai Mahiaddin, Jangan musnah dan hancurkan masa depan rakyat..
Masih tak nampak Negara tanpa keberkatan atas pengkhianatan biarpun ketika dilantik didoakan para Ulama, Ustazah hatta Mufti yang mengatakan inilah Kerajaan yg dapat rahmat Tuhan.. 🙂