Kartunis politik terkemuka tanah air Zulkiflee Anwar ul Haque atau Zunar sekali lagi menganjurkan pameran kartun dalam bentuk digital bersama kartunis-kartunis ASEAN lain bertajuk “Human Rights in ASEAN: The Cartoonists Perspective.”
Menurut Zunar, Pameran yang berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2021 itu dianjurkan bersama Fredrich Naumann Foundation (FNF).
“Pameran kali ini bertemakan “Hak Asasi di ASEAN”, ia mempamerkan 87 kartun kritis hasil karya 38 kartunis dari negara-negara ASEAN.
“Mereka adalah 13 dari Malaysia, 13 dari Indonesia, 4 dari Thailand, 6 dari Filipina dan 2 dari Myanmar,” katanya.
Jelas Zunar, antara isu yang difokus dalam galeri utama ialah Perintah darurat di Malaysia; Undang-undang mengenai raja di Thailand; Pembunuhan atau peperangan dadah di Filipina; Rampasan Kuasa di Myanmar and Ekstrimis Agama di Indonesia.
“Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik akan merasmikan pameran ini secara atas talian pada 3 Julai, jam 2 petang,” katanya lagi.
Turut berucap di majlis pelancaran tersebut, kata Zunar, adalah Eddin Khoo, PUSAKA Founder-Director and Executive Editor, Culture, News Features, Southeast Asia Desks – The Vibes, Sdr. Moritz Kleine-Brockhoff, Regional Head of FNF Southeast & East Asia serta Zunar sendiri.
Pameran kartun ini terbuka dan boleh dilayari secara percuma. Pengunjung boleh melawat galeri di http://www.craftora.com