Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:
Pegawai polis ( 57%),
Pemungut Hasil ( 48%),
Ahli Majlis Tempatan (48%),
Pejawat Awam (45%),
Penggubal Undang-Undang (41%),
Hakim (33%), dan
Pemimpin agama (31%).
Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?
Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:
- Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.
- Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.
- Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.
- Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.
- Pada tahun 1990, seramai di 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.
- Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.
- Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.
- Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kola mudang.
- Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.
- Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.
- Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.
Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.
Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!…
(Visited 253 times, 1 visits today)