Politik merupakan wadah perjuangan. Bila sehut perjuangan ia tentu untuk mencapai sesuatu yang murni. Tetapi sering orang lupa dalam politik itu ada game. Politik sebagai satu game.
Game ada peraturan tertentu. Sesiapa yang lurus atau jahil dengan game itu akan tewas. Menjadi jujur dalam keadaan menghalalkan kemungkaran silap.
Saya nak rujuk kepad pelantikan abang Mail sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang ( Nafas).
Pelantikan itu wajar saja dengan kapasiti abang Mail itu. Tetapi dari konteks integriti ia kurang manis dan tidak wajar berbanding apa dilakukan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan sebelum ini sangat berhati hati untuk melantik seseorang ke jawatan tertentu. Ada ada satu kes seorang menteri membatalkan pelantiian seseorang setelah tiga kali bersetuju untuk lantik.
Jawatan itu bukan pun bertaraf pengrtusi bergaji ribuan ringgit cuma ahli lembaga sebuah pertubuhan sahaja yabg habuannya elaun mesyuarat sekadar cukup dua kali masuk pasar.
Kerajaan dulu hegitu berhati hati menjaga integriti sampai sanggup meremukkan hati kawan.
Tetapi Mail boleh weweng melantik abangnya. Tidak ada apa² bantahan. Pembangkang hari ini tidak seperti pembangkang di era PH dulu mengkritik menejel siang malam kerana sesuatu yang kecil saja.
Bayangkah kalau PM atau menteri masa kerajaan PH dulu lantik abang atau adiknya seperti dilakukan Mail rasanya runtuh dunia dikerjanya.
Apakah kediaman ini kerana MoU? Trims.