Pakatan Harapan (PH) mengemukakan cadangan Belanjawan 2022 dalam pertemuan pertama pemimpin gabungan itu dengan Kerajaan Perikatan Nasional 2.0
Menurut Jawatankuasa Ekonomi PH perbincangan mengenai Belanjawan 2022 merupakan salah satu syarat digariskan dalam perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 13 September lalu.
“Dalam mesyuarat pertama ini, kami membincangkan cadangan rangka kerja baru untuk dialog dan rundingan antara kerajaan dan PH bagi Belanjawan 2022 dan akta-kata lain berkaitan kewangan.
“Ia telah dipersetujui bahawa jawatankuasa utama akan bertemu dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pasukannya untuk tiga lagi pertemuan, sementara jawatankuasa kerja akan ditubuhkan bagi membincangkan perincian lebih terperinci berhubung pendekatan yang dicadangkan,” kata jawatakuasa ekonomi dalam satu kenyataan.
Pertemuan yang diadakan beberapa hari lalu itu membariskan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasutin Ismail, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (KEADILAN), Ahli Parlimen Subang Wong Chen (KEADILAN), Pengarah Strategi Amanah; Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah), Adun Pandan Indah Izham Hashim (Amanah); Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (DAP) serta Ahli parlimen Damansara Tony Pua.
Manakala pihak kerajaan diwakili Tengku Zafrul, timbalannya Mohd Shahar Abdullah dan pegawai-pegawai utama daripada Kementerian Kewangan.
“Kami berharap cadangan-cadangan itu akan diberikan pertimbangan penuh memandangkan ia sememangnya selari dengan rangka kerja ‘pemulihan, daya tahan dan pembaharuan’ (sebagaimana tema) cadangan menteri dalam Belanjawan 2022,” kata kenyataan itu.
PH telah membentangkan cadangan pakej fiskal bernilai RM45 bilion tertumpu kepada RM4 bilion untuk sektor kesihatan awam (subsidi kit ujian kendiri Covid-19 dan melaksanakan satu rejim ‘cari, uji, jejak, asingkan, dan sokong’ (FTTIS) yang ketat; RM30 bilion geran untuk sektor ekonomi; RM6 bilion dalam insentif penggajian kerja; RM5 bilion bayaran kebajian untuk isi rumah; RM2 bilion pinjaman jangka pendek, sehingga RM50,000 untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Cadangan itu juga termasuk menambah baik sumbangan i-suri dan i-saraan; peluasan skim insurans MySalam buat M40; subsidi penjagaan kanak-kanak untuk yang hilang pekerjaan; pelaburan, geran dan subsidi dalam ekonomi hijau dan digital; membantu firma tempatan berjaya untuk tembusi peringkat rantau atau global serta menyediakan insentif lebih besar bagi menarik firma global
PH juga meminta Belanjawan 2022 memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, dengan melabur lebih banyak dalam kemudahan penjagaan kesihatan, meningkatkan Geran Khas ke Sabah dan Sarawak di bawah Seksyen 112 D dari Institutional Fellowship dan memastikan Malaysia Timur akan menerima sekurang-kurangnya 30% pembangunan Belanjawan.
“Hal-hal lain yang dibincangkan termasuk perlunya pematuhan dan pelaporan lingkungan, sosial dan kerajaan (ESG), serta anggaran responsif gender,” katanya.
Jawatankuasa Ekonomi PH dianggotai oleh Tony Pua, Dr Dzulkefly Ahmad, Wong Chen, Tan Yee Kew, Noor Amin Ahmad Ammar Atan dan Syeikh Khuzaifah dari Amanah; serta Raja Iskandar Fareez dan E Hun Tan dari DAP.