Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia sekiranya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat PH petang tadi menumpukan perbincangan mengenai situasi di Melaka selepas DUN dibubarkan semalam.
“Bincang pasal negara, bincang pasal Melaka.
“Tentu kita tidak setuju cara dibuat tidak mengikut proses. TYT (Tuan Yang Terutama Tun Dr Ali Rustam) tidak diberi nasihat yang betul (kerana membubarkan DUN)
“Kalau ada PRN kita lawanlah,” katanya di hadapan wartawan usai mesyuarat PH di Ibu Pejabat KEADILAN, petang tadi.
(Visited 120 times, 1 visits today)