Kebanyakan projek-projek yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Terengganu yang diketuai Umno banyak dimonopoli oleh kroni termasuk projek eBOOK yang sedang berjalan sekarang ini.
Termasuk juga pembinaan kilang TOP IT Sdn Bhd di Gong Badak telah dipersoalkan oleh Yb ADUN Batu Buruk Tuan Syed Azman Syed Ahmad dalam laporanya kepada SPRM baru-baru ini.
Syarikat yang dikuasai oleh kerajaan negeri itu dikatakan tidak mendapat kelulusan oleh MBKT tetapi sebaliknya hanya diberikan secara sementara dakwa YB Baru Buruk itu.
Antara projek yang melibatkan rakyat secara langsung adalah pemberian eBOOK secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah kepada rakyat yang terlibat.
Projek eBook Terengganu yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu telah dijadikan oleh pihak Umno sebagai satu kejayaan merakyatkan antara kerajaan dan rakyat.
Kerajaan Terenganu juga komited serta optimis bahawa projek eBook tersebut menjadi penyumbang kepada peningkatan pencapaian pendidikan khususnya di peringkat UPSR. Yang mana negeri Terengganu telah 11 tahun unggul dan cemerlang berbanding dengan negeri lain.
Bagaimanapun, terdapat pro dan kontra sama ada eBook ini benar-benar menyelesaikan masalah beg sekolah berat mahupun meningkatkan prestasi pendidikan.
Menurut Ketua Penerangan PKR Terengganu, cikgu Fariz Musa eBook boleh dianggap sebagai penambahbaik kepada para pelajar tetapi para pelajar masih perlu berusaha keras untuk lulus peperiksaan.
“Tidak dinafikan eBook sebagai penambah-baik kepada usaha pelajar untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka.

Fariz Musa
“Tetapi pelajar masih juga perlu bergantung kepada tuisyen dan kelas-kelas tambahan lain untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan mereka,” katanya.
Menurut cikgu Fariz lagi, dibimbangi projek pemberian mini laptop percuma tersebut tidak dibuat secara yang telus dan ianya akan membebankan kewangan negeri pada masa depan.
“Saya agak bimbang dari segi ketelusan projek eBook bukan (sangat) berniat membantu pelajar tetapi tetapi lebih kepada perniagaan untuk golongan tertentu.
“Kita juga harus bertanya sejauh mana kajian yang telah dibuat tentang kejayaan eBook Terengganu ini?” katanya.
Projek eBook Terengganu kini diperluaskan ke sekolah agama selain sekolah rendah sebelumnya.