Calon Ketua Menteri Melaka Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari berjanji bahawa gabungan itu akan memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang cemerlang untuk 5 tahun ke hadapan.
Dalam perutusan khas beliau menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka malam tadi, Adly berkata, Pelan Maju Bersama HARAPAN direka khusus untuk memulihkan struktur sosial, meneruskan dasar PH dan memastikan pertumbuhan ekonomi cemerlang pasca Covid 19 buat rakyat Melaka.
“Pelan ini (menetapkan) bagaimana kita mahu memacu Melaka dalam tempoh 5 tahun akan datang.
“20 November rakyat akan membuat keputusan masa hadapan mereka. Sebelum kita memacu masa hadapan, kita perlu melihat pencapaian 22 bulan kerajaan PH di Melaka. Kita tahu bahawa kita telah melaksanakan 73% manifesto PRU 14 yang lalu,” katanya di permulaan ucapan.
Seterusnya Adly membentangkan beberapa kejayaan penting pentadbiran PH selama 22 bulan, sejak Mei 2018.
Hal itu termasuk, meluluskan lebih 100 pembinaan rumah percuma bagi warga Melaka di atas tanah sendiri, menyediakan bas percuma, insentif parking percuma Sabtu dan Ahad, meluluskan Empangan Sungai Jernih untuk keperluan air Melaka, 18.2 juta pelancong datang pada 2018 dan 2019
Juga dibariskan kejayaan membawa masuk Air Asia ke Lapangan Terbang Batu Berendam bagi meningkatkan pelancongan dan ekonomi yang sebelum itu hanya 50,000 penumpang menggunakan lapangan terbang tersebut. Dengan strategi tepat sepanjang 22 berlaku peningkatan kepada lebih 200,000 dan menghubungkan Melaka dengan beberapa destinasi tumpuan seperti Langkawi, Kota Bharu dan sebagainya.
Kerajaan Negeri juga, katanya berjaya menubuhkan Dana Harta Bumiputera yang mana rakyat bukan sahaja dapat pinjaman perumahan, mereka juga boleh mendapatkan bantuan makro kredit meneruskan kerja keusahawanan.
“Dalam 22 bulan, kami mengadakan hari bertemu rakyat hampir setiap minggu. Juga rakyat tanpa gagal bertemu Ketua Menteri untuk menyatakan keluhan dan masalah. Kita selesaikan masalah, dan ada masalah yang tertangguh sejak puluhan tahun,” katanya.
Namun kegawatan ekonomi dan politik sepanjang tempoh Covid 19 menyebabkan keadaan sosio ekonomi penduduk Melaka memburuk.
Oleh itu, kata Adly, PH telah menggariskan manifesto 3 Teras, 6 Strategi dan 32 Inisiatif yang mesti dilaksanakan untuk masa depan negeri dan rakyat.
“Teras pertama Melaka Sejahtera lebih kepada cabaran kita hadapi masalah Covid, ramai terkesan isu kesihatan, fizikal mahu pun mental. Inisitif kita berupa tindakan seberapa segera mungkin di mana program pemulihan dan kit saringan percuma diberi bagi industri.
“Kita juga mencadangkan perlu Dana Ehsan Covid 19. Kita tahu kerana Covid, sebahagian keluarga kehilangan ibu bapa dan sudah pasti anak-anak harus dijaga kebajikan atau masa depan mereka. Dana Ehsan akan memastikan sebahagian dana negeri untuk pendidikan jangka panjang kerana kehilangan ahli keluarga.
“Kita juga sediakan kad Melaka Sihat untuk membantu keluarga mendapat rawatan di klinik swasta,” katanya.
PH juga, kata Adly, mencadangkan Skim Haparan Rakyat Melaka yang memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah sepanjang pandemik Covid. Kepada warga emas yang tidak mempunyai pendapatan tetap, dijanjikan bantuan susu untuk makanan dan lampin pakai buang percuma.
Manakala golongan yang bekerja sendiri dijanjikan caruman Perkeso percuma seperti yang diberikan kepada pemandu teksi dan kumpulan ekonomi gig kerana kehidupan golongan ini perlu dijamin masa hadapan jika berlaku kemalangan.
Begitu juga skim rumah sewa di bawah harga RM300 akan diteruskan sebagaimana pemerintahan PH yang lalu dan telah menyediakan Rumah Berkat dengan sewaan RM150.
“Melaka berhadapan bencana dan rakyat biasa dan mereka yang terlibat dalam keusahawanan hilang pendapatan. Oleh itu dana pengurusan bencana harus ditubuhkan bagi memastikkan sesiapa yang ditimpa bencana tidak diabaikan.
“Sumbanagn Dana Ehsan Bencana ini sebahagain inisiatif kita,” katanya.
Selain itu, PH akan menyediakan inisiatif Melaka Digital untuk meningkatkan pendidikan dan keusahawanan yang perlu dihubung sama ada di peringkat domestik atau antarbangsa
Bagi yang kehilangan pekerjaan dijanjikan Skim Peluang Pekerjaan Rakyat yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Melaka.
“Kemakmuran penting ekonomi penting dibina semula. Antaranya ialah menyedikan Skim Peluang Pekerjaan Rakyat. Kita ada 46 GLC di peringkat negeri, ada PBT dan kita perlu memikirkan peluang pekerjaan jangka pendek dan jangka sederhana.
“Japerun kita boleh dimanfaatkan untuk mendapat maklumat dari rakyat membuat job matching dan menghubungkan rakyat dengan industri,” katanya.
Dana khas untuk sektor pelancongan turut akan disediakan bagi memulihkan insdutri yang tenat akibat Perintah Kawalan Pergerakan sejak 2020.
“Melaka Berniaga kita akan beri diskaun lesen perniagaan pada 2022 kerana tahun hadapan rakyat akan mengembalikan semula perniagaan dan barang pasti ruang kita berikan untuk mudahkan rakyat berniaga pacu ekonomi.
“Melalui teras ini juga kita letakkan Skim Makro Kredit Harapan membantu usahawan memulakan kembali perniagaan,” katanya.
Manakala untuk meningkatkan pertumbuhan pelancongan dan pelayaran PH akan memastikan dipulihkan penerbangan ke bandar-bandar utama Malaysia termasuk Kota Kinabalu dan sebagainya yang tidak sempat dilakukan ketika pentadbiran 22 bulan lalu.
Pada akhir ucapan, Adly menyeru pengundi keluar beramai-ramai 20 November ini membuang undi bagi memastikan kerajaan terbaik buat rakyat dan negeri Melaka