Perbahasan Dewan Rakyat mengenai banjir besar yang melanda Selangor dan Pahang terutamanya pada Disember 2021 lalu menyentuh mengenai kelemahan dasar Kerajaan BN.
Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) mengkritik kelewatan Kerajaan Persekutuan megerahkan aset dimiliki Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan bomba ke tempat kejadian sehingga mangsa mangsa banjir terlewat dievakuasi pada 18 – 22 Disember lalu.
“Saya ada sedikit pengalaman (sewaktu TPM). Bila ada krisis 1995 di Sri Muda (Shah Alam), sidang tergempar MKN segera diadakan, ditanya panglima tentera berapa lama diperlukan untuk turun ke gelanggang. Dia kata 4 jam. Jam 4 petang mesyuarat jam 8 malam turun seluruh kekuatan tentera polis, bomba di kawasan berkenaan. Saya lihat jam 10 malam mangsa banjir diselamatkan
“Tidak dinafikan (sekarang) mesyuarat diadakan tetapi banyak menteri hilang. Betul PM ada, menteri hilang.
“Ada memilih untuk pergi umrah. Tapi dia yang ajar kita figh aulawiyat, ikut keutamaan. Rakyat mati, rumah hanyut dan kita pilih untuk melaksanakan umrah. Hal ini mesti dibetulkan.
“Kalau pun pergi sebelum itu, balik segera kerana itu (tangani banjir) tanggungjawab kita sebagai menteri,” katanya membidas kelembapan Kerajaan Persekutuan bertindak.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu juga mempersoalkan angka angka yang dibentangkan oleh PM dalam sesi bahas pagi tadi yang kurang tepat.
Katanya, angka terkini kematian akibat banjir dari NADMA 59 orang sedangkan PM menyebut 55. Jumlah keseluruhan mangsa juga sebanyak 208,643 tetapi PM memberi tahu dewan sekitar 136,000.
Selain itu, Anwar turut mempersoalkan mengapakah dalam sidang dewan pada 20 Disember tahun lalu tidak dibahaskan isu banjir yang akan lebih mudah untuk mengerahkan jentera serta tindakan menyelamat kerana banjir masih berlaku, berbanding sebulan kemudian.
Di samping itu Anwar juga meminta agar negara tidak melupakan jasa pasukan keselamatan dan pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat membantu mangsa banjir.
“Saya tengok pasukan tentera disiplin dan keupayaan mereka luar biasa, jadi hari ini kita perlu beri penghargaan kepada mereka.
“Bomba, polis terlalu ramai terlibat, jangan kita lupa mengenang jasa mereka.
“Ada PM sebut sedikit civil society organization. Apa saya sebut di sini bukan saja parti politik dan badan sukarela. Ramai lagi gerakan rakyat bersendirian. Di selangor 4,000 anak mahasiswa juga Persatuan Kebajikan Ipoh 3,000 turun, gudwara, masjid, surau ambil semua (mangsa). Kita saksikan perpanduan dan semangat rakyat
“Kebangkitan rakyat begini rupa kerana mereka rasa lelah dan sangsi melihat kelembapan kerajaan pada peringkat awal bencana ini,” katanya lagi.