Ratusan peserta himpunan #TangkapAzamBaki telah bergerak ke arah Masjid Negara dan berada di persimpangan Jalan Travers – Jalan Bangsar selepas mereka bermula dari stesen LRT Bangsar pada jam 11.00 pagi tadi.
Peserta kebanyakannya mengenakan baju T hitam dan mengangkat pelbagai sepanduk mengecam Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta meminta beliau berundur.
Peserta kemudian terhenti di persimpangan Jalan Travers menuju ke Masjid Negara akibat sekatan polis bersama unit pencegah rusuhan.
Kira kira 500 peserta demonstrasi mendengar ucapan wakil wakil himpunan di sini yang mengecam kerajaan BN kerana melindungi Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Manakala wakil wakil penganjur himpunan cuba berunding dengan pihak polis untuk meneruskan perarakan ke Masjid Negara.
Semalam, polis memperoleh perintah mahkamah tujuh hari yang melarang bantahan di Dataran Merdeka, pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, lokasi himpunan dialihkan ke Stesen LRT Bangsar