Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak wajar dilakukan dalam keadaan pandemik Covid 19 belum berakhir juga penderitaan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu masih belum pulih.
Namun Umno – BN Johor tidak mengambil kira faktor kesukaran hidup rakyat kecuali percaturan kuasa.
Bagi Senator Fadhlina Sidek, gila kuasa parti ketuanan Melayu itu sudah sampai ke tahap melampau selepas memaksakan PRN Melaka, kini mereka mula mencatur politik Johor.
“Begitulah sejenis perangai gila kuasa. Dia panggil sidang khas banjir (Parlimen), dia salahkan Pembangkang
“Rakyat tunjuk perasaan bantah integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, dia tutup laluan dan henti operasi LRT
“Sekarang dia bubar DUN ikut suka hati dan acah acah suruh rakyat pilih dia balik ikut proses demokrasi,” katanya.
Menurut pemerhati politik, PRN Johor sengaja diadakan pada tarikh menghampiri Tahun Baharu Cina kerana faktor pengundi Cina tidak akan pulang ke Johor buat kali kedua untuk mengundi selepas merayakan tahun baharu.
Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen yang ketat kerana negara masih dalam Fasa 4 pelan pemulihan juga bakal menyebabkan kempen pilihan raya secara fizikal dilarang.
Dengan hampir sepertiga Johor tidak mempunyai akses gelombang internet yang boleh mengakses video atau sebarang kempen secara live maka Pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menyampaikan mesej kepada pengundi.
Sedangkan pihak kerajaan bebas menggunakan media arus perdana memperkenalkan calon calon mereka dalam pelbagai program anjuran kerajaan.