Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Pilihan Raya Negeri Melaka tidak melaksanakn tugas hakikinya menggalakkan rakyat keluar mengundi.
Bagi Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, SPR kali ini perlu memainkan peranan utamanya menyebarkan propaganda agar rakyat membuang undi dalam PRN Johor
Katanya, SPR dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menerangkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dan meaykinkan selamat untuk mengundi sebagai galakan kepada rakyat
“Dalam sistem demokrasi (harus diberi) galakan kita semua rakyat gunakan hak untuk mengundi. Ini tanggungjawab SPR beri penerangan. Gunakan anggota masing masing, kerah pengundi untuk keluar.
“(Mengenai pengundi luar negara) SPR harus memudahkan. Ramai pengundi di Singapura. Apakah mereka nak gunakan SOP yang ketat, peraturan tak tentu arah atau cari jalan selesaikan masalah ini.
“Ada PRN dalam kekangan Covid 19, selepas Tahun Baharu Cina dan Cap Goh Mei. Cari jalan memudahkan jangan semua tumpu ke kedutaan. Gunakan beberapa tempat lain. Ada kata kata 80,000 pengundi (bekerja di Singapura). Katakanlah 60,000, tak mungkin satu saluran. Itu kerja SPR,” katanya di hadapan wartawan selepas berucap dalam siri Jelajah Presiden di Simpang Renggam, semalam.
Menjawab pertanyaan wartawan mengenai pengumuman calon DUN Layang Layang, Anwar berkata KEADILAN perlukan beberapa hari lagi untuk memuktamadkan calon.
“Beri kita satu dua hari. Kita bincang, bawa senarai pendek, bawa ke pandangan jawatankuasa pilihan raya, Fuziah Salleh, balik kepada saya dan kita boleh umum,” katanya.
Berhubung jumlah kerusi muktamad KEADILAN, selepas Muda sedia menjadi sekutu, Presiden KEADILAN itu berkata perlukan sedikit masa untuk perundingan kerusi dengan Muda.