Hari mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor berjalan tenang hari ini dengan cuaca baik pada sebelah pagi di seluruh negeri.
Menurut calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik yang melawat beberapa pusat mengundi, suasana pengundian yang berjalan lancar mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) diharap akan memberi dorongan kepada seluruh bangsa Johor untuk keluar beramai ramai mengundi dengan tidak terlalu memikirkan jangkitan Covid 19.
“Bersama isteri saya Dr Hamidah Mat, kami melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chin Chiang Renggam.
“Selamat mengundi rakyat Johor, tahniah kepada yang telah keluar mengundi. Anda telah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir mengundi di DUN Larkin dan berharap agar calon di situ, Dr Zamil menang, yang akan bergandingan dengan beliau memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Alhamdulillah, selesai jalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi di DUN Larkin. Saya mengundi di SK Larkin 1.
“Kepada yang layak mengundi, jangan lupa untuk turun mengundi. Yang masih ada di KL dan tempat lain, sempat lagi bawa kereta slow-slow balik Johor mengundi. Boleh mengundi sehingga jam 6 petang
“Demi masa depan kita,” katanya lagi.