Jelajah bekas Perdana Menteri Najib Razak ke negeri negeri di Semenanjung bertemu pemimpin pemimpin persatuan Cina bagi mengenang ‘kehebatan’ pemerintahan beliau sejak 2009 – 2018 dianggap tidak akan berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap skandal yang mencemarkan nama baiknya.
Hal itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen yang berkata, etnik Cina cukup cerdik untuk diperdaya Najib yang telah pun terang terang dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.
“Saya rasa rakyat Malaysia tahu dan satu dunia juga tahu Najib bakal berdepan hukuman kerana disabitkan di mahkamah kes SRC, 1MDB dan kes-kes skandal lain. Rakyat Malaysia tahu mana yang betul dan mana tidak,” katanya ketika dihubungi.
Tambah William, meski pun dalam lawatan di Pulau Pinang baru baru ini Najib dipuji oleh pemimpin persatuan Cina yang membayangkan era pentadbirannya negara makmur namun realitinya rakyat faham semua pujian itu hanya untuk mengurangkan impak negatif hukuman penjara yang telah diputuskan ke atas Najib.
“Bagi saya komen pemimpin persatuan di Pulau Pinang itu tidak berkesan.
“Najib pula nak menyelamatkan diri yang bakal berdepan hukuman. Jadi rakyat Malaysia tidak akan termakan umpan ini,” katanya lagi.
Kelmarin Najib berkunjung di Teoh Kongsi, Pulau Pinang dan disambut dengan persembahan tarian singa oleh beberapa pemimpin persatuan Cina Pulau Pinang.
Selain berdialog, pemimpin persatuan Cina di situ juga mengenang era pentadbiran Najib yang kononnya lebih makmur berbanding hari ini.