Kos hidup yang melambung tinggi terutama di bandar bandar besar memerlukan majikan membayar gaji yang lebih baik kepada para pekerja.
Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH – Setiawangsa) dalam pertanyaan bukan lisan dalam sidang Dewan Rakyat sesi Mac telah menimbulkan persoalan mengenai galakan kerajaan kepada majikan untuk membayar Gaji Kehidupan Wajar (living wage).
“Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tentang tindakan kerajaan bagi menggalakkan majikan membayar bukan sekadar gaji minimum tetapi gaji kehidupan wajar (living wage) sebagai saranan Laporan Bank Negara 2017,” katanya.
Persoalan tersebut dijawab oleh Kementerian Sumber Manusia. Menurut jawapan tersebit kementerian telah melakukannya dengan beberapa cara, antaranya nmengambil langkah menggalakkan pihak pekerja berunding dengan majikan untuk menetapkan kadar gaji yang lebih tinggi daripada kadar gaji minimum
“Hal ini supaya setimpal dengan kelayakan, kemahiran serta pengalaman yang dimiliki oleh pekerja. Kadar gaji yang
lebih tinggi juga boleh ditetapkan melalui kuasa pasaran yang dimuktamadkan melalui kontrak perkhidmatan dan perundingan
“Pihak majikan digalakkan membayar gaji pekerja berdasarkan produktiviti selain bayaran gaji pokok atau gaji minimum.
Pendekatan seperti melaksanakan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (Productivity Linked Wage System [PLWS])
diperkenalkan oleh Kementerian sejak tahun 1996 mampu meningkatkan pendapatan pekerja melalui peningkatan produktiviti, malah meningkatkan daya saing syarikat kerana dapat mengekalkan kos buruh yang kompetitif,” ujar kenyataan itu.
Selain cara yang dikemukakan, pihak kementerian juga, melalui jawapan itu telah menerbitkan Buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran (Buku Panduan Gaji) sebagai panduan bagi majikan dan pekerja dalam merunding dan menetapkan gaji permulaan yang sesuai bagi sesuatu pekerjaan berasaskan kemahiran.
Penerbitan buku tersebut untuk mengiktiraf pekerja lepasan institusi latihan kemahiran atau universiti dan seterusnya meningkatkan penyertaan tenaga mahir dalam pasaran tenaga kerja negara