Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan satu pasukan yang besar, kuat lagi mantap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kerana itulah pemilihan KEADILAN diadakan sebelum PRU.
Katanya, KEADILAN satu satunya parti yang berani mengadakan pemilihan sedangkan parti yang mendakwa jauh lebih hebat, Umno sekali pun, terpaksa meminda perlembagaan dan adakan pemilihan selepas PRU.
“Pemilihan parti ini dilihat ada integritinya. Presiden waktu itu (sebelum ini) saya faham keseorangan, tatkala timbalan presiden meninggalkan parti dan naib juga lari, ada yang berehat, semua lengkap
“(Oleh itu) bila presiden mengharapkan satu pasukan besar, kuat dan mantap kali ini kerana presiden pertama kali menerajui PRU ke 15,” katanya.
Menyentuh mengenai isu utama yang boleh menarik sokongan pengundi pada PRU depan, Abdullah Sani tidak kekok memberi pendapat bahawa KEADILAN perlu mengetengahkan isu kos sara hidup dan pekerjaan.
“PRU 2008 kos sara hidup agenda utama. Waktu itu di Selangor (kita bertahan) dengan 2 kerusi (yang diperolehi) pada PRU 2008. (Pada PRU 2018) kita menang dengan 36 kerusi, kenapa?
“(Isu) kos sara hidup. Hari ini dengan kos sara hidup juga isu rasuah, jenayah dan sebagainya membolehkan kita yakin dan kita percaya akan kekalkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta ambil alih Persekutuan,” katanya.
Abdullah tegas, selepas Langkah Sharaton, parti tidak boleh mempunyai ketua lain selain Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencapai kejayaan dalam PRU.
“Sudahlah (cukup) apa yang berlaku sebelum ini, mesyuarat MPP satu keputusan dan di luar satu keputusan. Tidak boleh presiden (ada pasukan lain) kena ada kekuatan, integiti parti, tak boleh ada warloads lain.
“Parti hanya ada satu warload, Datuk Seri Anwar dan pasukannya,” katanya.
Calon naib presiden nombor 1 itu bertekad masuk pertandingan dengan membawa isu kos sara hidup dan pekerjaan. Beliau berbangga kerajaan Selangor memberi banyak hak hak kepada pekerja dan itu memberi isyarat Kerajaan Persekutuan perlu ditukar untuk menyediakan hak lebih baik kepada para pekerja.