KEADILAN menjadi parti yang mengilap harapan rakyat Malaysia.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Adam Adli, reformasi yang terus disahut sama ada ketika parti kalah atau menang dalam pilihan raya menunjukkan KEADILAN cukup menjadi tumpuan rakyat.
“Kita dapat perhatian kerana satu parti harapan rakyat Malaysia. Sejak reformasi bergema dari generasi ke generasi ia diteruskan.
“Oleh itu, prinsip yang diperjuangkan untuk rakyat Malaysia dalam parti ini akan terus diperjuangkan,” katanya.
Tegas Adam, PRU ke 15 akan menjadi detik yang amat mencabar apabila 5 juta pengundi berumur 18 tahun hingga 21 akan menjadi pengundi dan bagaimana untuk menarik minat mereka untuk menyokong KEADILAN.
“Tahun ini amat kritikal. Kita lihat dalam demografi pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun menunjukkan peningkatan amat signifikan.
“Kalau kita lihat dalam PRN Johor pengundi muda ini penglibatannya amat rendah. Waktu negara semakin tenat orang muda kembali bersemangat untuk mengubah negara ini
“Dapatan terbaharu menunjukkan lebih 80% anak muda yang mengundi kali pertama telah menyatakan hasrat untuk mengambil sikap dalam PRU akan datang. Ini cabaran kita, saya dan teman AMK sedar tanggungajwab ini terletak di bahu kami semua.
“Ini masa kita, tanggungajwab kita dan cabaran kita,” katanya lagi.