Propaganda cybertrooper BN dan PN sering memperolok olokkan pidato Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan janji menurunkan harga minyak
Sedangkan janji berkenaan tidak dibuat Pakatan Harapan pada manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 kerana Anwar masih di dalam penjara
Namun hari ini, Anwar menjawab bahawa janji janji yang terdahulu akan ditunaikan seandainya PH diberi peluang sekali lagi menang PRU ke 15.
“Ramai yang sindir pasal apa ‘menang hari ini, turun minyak esok’, pasal apa tak jadi?
“Mengapa tak jadi? Kita tak perintah. Saya tak jadi PM nak buat macam mana?
“Kalau sekarang dengan harga minyak sekarang, tidak ada sebab minyak tidak boleh turun (kerana negara untung harga dunia tinggi). Dengan harga minyak sawit sekarang, tidak ada sebab minyak sawit untuk masak tidak boleh diturunkan.
“Ia tidak boleh diturunkan kerana pihak penguasa yang di atas itu memikirkan cara menyelamatkan korperat di atas, dan kita memikirkan cara menyelamatkan rakyat di bawah. Itu bezanya,” kata Anwar dalam sesi ucapan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN ke 16, tengah hari tadi.
Selain itu, kata beliau, dengan meluasnya agenda reformasi maka janji mutu pendidikan lebih baik, kemudahan kesihatan yang baik dan sebagainya juga akan turut ditunaikan.
Oleh itu, beliau berkata, tugas besar anggota KEADILAN adalah meyakinkan rakyat bahawa parti telah dipimpin oleh pemimpin terbaik dan akar umbi perlu bersatu padu dalam saf yang kuat.
“Tugas besar memerlukan pengorbanan dan kebijaksanaan. Bermula dengan barisan kepimpinan yang harus berpadu dan sederap dalam satu suara, saudara di peringkat bawah pun harus bersama dalam derap satu suara. Tidak ada lagi pasukan selain pasukan KEADILAN yang mahu kita pertahankan.
“Siapa yang pilih kekal dengan KEADILAN adalah keluarga kita dan kita akan pastikan tidak ada yang terpinggir dan tersisih asalkan tunjuk komitmen dalam perjuangan mempertahankan parti.