Rakyat Malaysia yang akan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada hujung tahun ini diingatkan agar meneruskan momentum perubahan yang mereka lakukan pada PRU 14 lalu.
Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN Malaysia, Zahir Hassan, tanpa perubahan dan naiknya kerajaan Pakatan Harapan tidak mungkin kleptokrat Najib Razak ketika ini disumbat ke penjara.
“Kita perlu ingat Najib dihadapkan ke mahkamah bila kerajaan bertukar pada Mei 2018. Proses itu berjalan sehingga bermulanya proses di hadapan para hakim
“Tetapi siapa yang memulakan proses itu? Adakah kerajaan PH sahaja? Yang memulakan proses menyumbat Najib ke penjara adalah saudara saudari sekelian.
“Kita berkuasa untuk menentukan masa depan kita. Sekarang Mat Sakau dah masuk dan beberapa orang lagi akan ikut masuk penjara,” katanya dalam ceramah Ayuh Malaysia di Tangga Batu, Melaka, malam tadi.
Dalam pada itu, Zahir bertanya kepada penduduk di parlimen Tangga Batu, untuk apakah mereka melantik Ahli Parlimen Profesor Madya Dr Rusnah Aluai?
Katanya, tidak lain untuk memperjuangkan isu rakyat yang tidak diperjuangkan oleh BN atau PN.
“Pada Mei 2018 saudara saudari telah mencipta sejarah dengan mengangkat prof Rusnah sebagai Ahli Parlimen di Tangga Batu.
“Seramai lebih 32,000 telah memilih prof Rusnah untuk mewakili mereka di Parlimen. Memperoleh undi majoriti lebih 4000 undi
“Persoalan yang penting mengapa kita perlu melantik prof Rusnah untuk mewakili Tangga Batu?
“Kerana kita mempercayai sokongan kita ke atas prof boleh membawa suara rakyat di sini ke parlimen,” katanya.
Ke hadapan, tegas Zahir, pengundi Tangga Batu perlu memikirkan pula masalah hutang negara yang berjumlah RM1.3 trilion dan setiap seorang, walaupun kanak kanak perlu membayar RM41,700. Hutang tersebut akan bertambah, katanya, jika mereka tidak bekerja keras menyedarkan keluarga dan jiran jiran agar tidak mengundi BN mahu pun PN dalam PRU 15.