Pembubaran Parlimen yang berlaku semalam perlu dipatuhi oleh para Menteri Kabinet Kerajaan BN – PN.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, biar pun Jemaah Menteri kekal dalam Kerajaan Sementara tetapi mereka tidak lagi berkuasa penuh seperti sebelum ini.
Katanya, banyak sekatan dan perkara tidak boleh dilakukan oleh Menteri Kerajaan Sementara.
“Kontrak projek tidak boleh ditandatangani terutama projek berskala besar atau berkepentingan awam
“Jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk berkempen politik. Perdana Menteri dan Kabinet Kerajaan Sementara tidak boleh umum apa-apa ‘hadiah pilihanraya’
“Juga Menteri serta Timbalan Menteri mesti pulangkan aset kerajaan,” katanya.
Tegas Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu, semua prinsip berkenaan perlu dijadikan rukun bagi Kerajaan Sementara untuk mengelakkan rasuah, salah guna kuasa atau persepsi salah dalam kalangan rakyat.