Pengundi diingatkan agar tidak bertolak ansur kepada tokoh politik yang tidak mengisytiharkan harta pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon yang tidak berani mengisytihar harta tidak layak diundi kerana rakyat tidak tahu mereka menyeleweng atau tidak.
Beliau merujuk pemimpin PN yang berbangga dengan cogankata ‘Bersih dan Stabil’ tetapi takut untuk isytihar harta
“Suruh isytihar harta tak boleh. Macam mana nak tahu pemimpin rasuah atau tidak kalau harta tak boleh isytihar? Yang tak berani isytihar harta jangan kita sokong.
“Muhyiddin tak berani. Dia kata dah serah kepada Pendaftar Pertubuhan. Dia tak berani sebab. Kamu (mahu jadi pemimpin) mesti dilihat bersih tak ambil tanah, kontrak, baru rakyat boleh percaya,” katanya.
Calon Perdana Menteri Malaysia ke 10 itu turut menempelak sikap pemimpin PN yang kebelakangan ini ketiadaan modal untuk berkempen selain menakut nakutkan orang Melayu dengan bahaya perkauman.
Katanya, kalau bersungguh mahu memerintah maka perlu terangkan kepada rakyat apa yang akan dilakukan untuk pulihkan negara, bukan kempen soal perkauman.
“Untuk perintah kita kena buat apa? Jaga negara betul betul. Ini bukan soal Melayu, Cina, Sabah, Sarawak. Ingat rakyat bodoh macam Ketua Pas Perak? Bahaya, bahaya, bahaya kerana DAP komunis. Tak ada modal lain ke? Ini 2022
“Kemudian kalau saya jadi PM jantan boleh kawin jantan. Ketua Pas bodoh. Sekarang saya nak saman. Kalau betul parti Islam dia jaga akhlak. Masuk parti ke syurga, tak masuk parti Islam neraka. Saya tanya Muhyiddin sama Azmin tak masuk parti Islam, dia masuk mana?
“Dia tak fikir ke? Inilah level orang Pas,” katanya yang kecewa kerana parti yang pernah mempunyai pemimpin hebat seperti Nik Aziz Nik Mat dan Fadzil Noor boleh terjerumus ke dalam pemikiran jumud dan sempit.
Calon Ahli Parlimen Tambun itu juga mengulangi pengumuman beliau tidak akan mengambil gaji sekiranya menang dalam PRU 15 dan menjadi PM.
“Katalah inshaAllah angkat sumpah 20 November. Apa nak saya buat? Nak jadi PM dalam harga barang naik, gaji pun rendah.
“Saya kata tak apa, cukup elaun Ahli Parlimen, saya tolak gaji PM. Jawab orang Bersatu, Anwar dah kaya, dia tak ambil gaji. Itu jawab dia. Yang ketua kamu kaya raya ratus juga itu mentekedarah duit rakyat buat apa?
“Gaji menteri juga akan diturunkan. Ini untuk beri kepercayaan. Bila orang percaya kita mudah kerja satu pasukan. Ini tidak, cadangan, jimat belanja.
“Harga ikan mahal jangan makan ikan, gula mahal, jangan makan gula. Sebab itu dia tak faham. Dia buat PKP paling panjang di dunia. Dia tak tahu derita rakyat,” katanyan lagi.