Politik adu domba yang menjadi teras kempen PN bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu terutama di media sosial yang boleh diakses semua peringkat umur kini membekas di fikiran pelajar sekolah.
Warganet pagi ini mendapati banyak muatnaik daripada rakyat penyokong Pakatan Harapan di negeri lingkaran Melayu terpaksa berhadapan dengan penghinaan berdasarkan ideologi politik.
Hal tersebut amat dikesali oleh Ketua Penerangan Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil.
“Saya sangat kesal dan kecewa membaca apa yang sedang berlaku ini
“Jahanam masa depan negara akibat fitnah politik yang mencemari pemikiran anak-anak. Hentikan lah,” katanya.
Salah satu insiden melibatkan kanak kanak terjadi kepada keluarga mantan ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap yang mana anak beliau disindir oleh rakan sekelas selepas PH kalah di negeri itu.
Dalam muatnaiknya, Azam berkata anak beliau mengadu temannya menyindir mujur PH tidak memerintah, jika tidak pelajar sekolah akan dipaksa memakai skrit.
‘Nasib baik Harapan tak menang. Kalau menang, semua budak perempuan pi sekolah pakai skrit’
Azam menulis kekesalannya kerana budak sekolah telah terpengaruh dengan politik adu domba akibat PN berkempen menggunakan aplikasi tiktok secara yang tidak beretika.