Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan fokus utama beliau adalah untuk menurunkan kos sara hidup rakyat.
Hal itu dinyatakan beliau pada sidang medianya tengah hari tadi
“Kerajaan yang dikemudi saya hari ini meletakkan keutamaan untuk menangangi isu kos sara hidup, dan saya akan mengadakan pertemuan dengan jabatan serta agensi berkaitan selewat-lewatnya pada hari Isnin ini,” katanya
Kos sara hidup adalah bahan kempen utama Pakatan Harapan sepanjang beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15.
Anwar sering berjanji untuk memastikan harga minyak masak rendah di pasaran kerana Malaysia adalah pengeluar utama bahan tersebut.
Begitu juga mengenai harga bahan makanan yang melambung akan diturunkan secara berperingkat peringkat dengan kaedah pemberian subsidi secara langsung atau tidak langsung.