Ketelusan yang menjadi cogankata Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perjuangan reformasi sejak 1998 benar benar dilaksanakan dalam pemerintahan Kerajaan Perpaduan.
Hal itu diungkapkan beliau dalam Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari 2023 di Putrajaya pagi tadi.
Menurut Anwar, dalam semakannya sejak 2 bulan ini terdapat banyak ketelanjuran di Kementerian Kewangan. Sehubungan itu beliau memberi arahan agar semua kelulusan perlu dilakukan mengikut peraturan dan undang undang meskipun disertakan kelulusan dari minit mesyuarat Menteri.
“Apa apa tindakan harus lebih telus, ketelusan itu penting. Maknanya tindakan (kuatkuasakan ketelusan) perlu. Saya harap dapat sambutan hangat dari jabatan jabatan.
“Saya tekankan penguatkuasaan. Apa yang saya pelajari, terutama di Kementerian Kewangan, lihat umpamanya fail banyak berlaku ketelanjuran. Nak salah pegawai kalau minit dari Menteri, apatah lagi Perdana Menteri dia patuh.
“Tetapi saya telah beri pengarahan yang jelas, kalau ada minit dari PM sekali pun, kalau dianggap melangar peraturan dan undang undang saya harap dimaklumkan terlebih dahulu.
“Apalagi di kalangan penjawat awam, pejabat TPM atau Menteri. Oleh itu yang pertama saya beri arahan, minta menteri faham, kali pertama SUSK, termasuk KSU, pejabat PM harus dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, supaya berlaku penyelarasan baik,” katanya.
Anwar juga menekankan perlunya perkhidmaatn awam melakukan perubahan atau transformasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Beliau juga mahukan semua Menteri dan penjawat awam bergerak sebagai satu pasukan.
“Apa saya pelajari dalam masa singkat, bahawa jika ada pendekatan lunak majoriti bersama kita.
“Menteri menteri ini bukan satu pasukan (pelbagai parti bertentangan). Tetapi untuk belajar menerima kekuatan dan mengakui kelemahan dan bertekad menyatakan bahawa negara ini harus stabil politik, jelas hala tuju dan kuat hasrat membawa perubahan (meningkatkan maruah negara), kalau ada kesatuan pemikiran ke arah itu saya percaya boleh kita lakukan,” katanya lagi.