Kemenangan Dr Mohammad Morsi akan membuka lembaran baru kepada politik Mesir. Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Negara Mesir setelah dapat melalui satu proses sistem pilihanraya yang adil bagi menentukan pemerintah terbaru Negara Mesir kini.
Ketuanya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Dr Raja Ahmad Iskaandar Al Hiss berkata Pilihan Raya Umum (PRU) di Negara Mesir telah mencerminkan keyakinan rakyat dalam mewujudkan sistem baru bagi meneruskan pentadbiran Negara Mesir yang telah bergolak satu ketika dahulu.
“Saya juga panjangkan ucapan tahniah kepada Calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi yang telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Negara Mesir semalam. Bagi kami juga, kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan baru bagi melalui kenangan pahit yang telah berlaku di Negara Mesir. Dan adalah menjadi harapan kami ingin melihat Negara Mesir kembali bagi mengukuhkan sistem demokrasi sedia ada.
“Dunia sewajarnya mengiktiraf dan menyokong keputusan pilihanaraya ini yang mengangkat Dr Morsi sebagai Presiden Mesir kini setelah melalui proses sistem demokrasi di sana. Bibit-bibit campur tangan asing kini kedengaran terhadap keputusan rakyat ini dan sewajarnya perlulah di hentikan dengan segera. Kami juga mendesak agar Kerajaan Malaysia segera mengiktiraf keputusan rakyat ini.
“Kemenangan calon dari Ikhwanul Muslimin ini juga membuktikan rakyat Mesir sudah bosan dengan ketidakadilan dan kezaliman pemerintahan sebelum ini. Islam yang menjadi asas perjuangan Ikwanul Muslimin terbukti berjaya diterima oleh semua lapisan rakyat Mesir tanpa mengira agama dan warna kulit dan perlu dicontohi oleh semua Negara termasuk Malaysia sendiri,” katanya.
Tambahnya, PAS yakin rakyat Negara Mesir akan mendokong keputusan tersebut dan merealisasikan pemerintahan yang terbaik kelak. Kami juga mengharapkan Dr Morsi dapat mengzahirkan kemenangan yang telah diperolehi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di sana kelak. Kami juga yakin rakyat Malaysia amat bangga dengan rakyat Mesir kerana mampu keluar daripada kemelut yang lalu.