Program ’15 Minutes Break Reading’ anjuran Kerajaan Negeri dilihat amat praktikal bagi menyemai minat membaca di kalangan masyarakat bermula dari usia rendah,
Latifah Sujang, 42, dari Pulau Indah berharap program itu diadakan secara berterusan.
Katanya, “saya berharap program ilmiah ini akan diadakan di kawasan Pulau Indah pula kerana ia amat menyeronokkan dan menghimpunkan seluruh masyarakat dalam acara menimba ilmu.
Bagus sangat sebab semua orang ada turut serta. Saya sendiri datang dengan anak-anak dan kawan-kawan disebabkan program ini menarik. Jadi program ini mendapat sambutan ramai bila ia dijalankan”.
Program “15 Minutes Break Reading” diadakan di Pengkalan Batu, Klang di sini dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Dr Halimah Ali berkata, “kita dapat lihat ramai yang datang secara berkumpulan dan bersama keluarga. Ini perkembangan positif ke arah mewujudkan masyarakat sihat dan berilmu,
“Program “15 Minutes Break Reading” itu diadakan di daerah di seluruh Selangor bagi melahirkan masyarakat berilmu di negeri itu.
“Ia bersesuaian dengan status negari maju bagi Selangor yang memerlukan rakyat bergerak seiring dengan peredaran zaman yang serba moden dan terkehadapan.
Ia diadakan bagi menyemai minat membaca di kalangan rakyat supaya dapat dipupuk dari usia rendah lagi hinggalah ke usia emas”, katanya.
Menurut beliau, program sebegini dapat kumpulkan seluruh masyarakat dari pelbagai peringkat usia dan bangsa untuk bersama turut serta membaca.
Maka dari situ lama kelamaan amalan suka membaca ini dapat disuburkan dengan jayanya terhadap orang ramai.
Ujar Dr Halimah yang merupakan ADUN Selat Klang, program itu diperluaskan di negeri itu juga adalah hasil kejayaan program Hari Ilmu yang diadakan buat kali pertama di Tasek Shah Alam pada 26 Jun 2010 yang menghimpunkan lebih 15,000 orang dengan catatan rekod bacaan serentak teramai bagi kawasan luar di negara ini.
Program “15 Minutes Break Reading” telah banyak memberikan manfaat kepada semua dan rakyat Selangor dapat bergerak maju dan bersaing dalam zaman serba maju ini.
Hadir sama, ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Mastura Mohamad