Rakyat Malaysia yang menggunakan laluan bertol sekitar ibu negara dipermudahkan dengan kaedah pembayaran menggunakan pelbagai kemudahan kad kredit dan debit.
Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, memecah monopoli Touch n Go dalam kaedah pembayaran tol merupakan salah satu janji Kerajaan Perpaduan yang menjadi kenyataan dan perlu dibanggakan oleh rakyat.
“Sekarang dah boleh bayar tol guna kad debit, kad kredit, dan prabayar. Bukan Touch ‘n Go sahaja.
“Ini antara yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri ketika menjawab soalan seorang anak muda pada sesi Temu Anwar Mac lepas.
“Hari ini, menjadi realiti,” kata beliau di Facebook.
Meskipun masih terhad di 11 plaza tol, namun pada masa hadapan kemudahan tersebut akan diperluaskan lagi.
Pembayaran menggunakan pelbagai cara menyelesaikan rungutan orang ramai yang menemui kesukaran untuk top up kad Touch n Go, terutama secara manual kerana kemudahan tersebut hanya wujud di lebuh raya sahaja.