SHAH ALAM, 12 Julai : Semenjak Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah pada 2008, Universiti Selangor (Unisel) menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar Negara, ujar Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) berhubung kejayaan Unisel yang boleh dibanggakan.
“Kedudukan Unisel adalah setaraf dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) apabila menerima pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), pada 2009.
“Unisel juga dikenali Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), berbanding dengan universiti di bawah pentaddiran Umno-BN.
“Suka saya khabarkan dalam sidang DUN yang mulia ini, bahawa diakhbar-akhbar pro kerajaan menceritakan tentang pencapaian Unisel dibawah pengurusan PAKATAN Rakyat antaranya menjadi juara mencipta model satelit nano dan pertukaran pelajar ke Jepun,” katanya.
Selain itu, menurut beliau terdapat akhbar melaporkan tentang kejayaan Unisel melahirkan pelajar terbaik dalam bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan Institut Kejuruteraan Malaysia. Beliau menjelaskan di dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini
“Jumlah kemasukan pelajar pada tahun ini juga meningkat sebanyak 13,528 sehingga Jun lalu, berbanding ketika Umno-BN mentadbir Selangor,” katanya.
(Visited 166 times, 1 visits today)