Baki 45 orang yang masih ditahan dalam ISA memperlihatkan kejelekkan wajah pemimpin BN dan pentadbiran najib Razak. ISA kononnya telah dimansuhkan pada 2011 lalu tetapi terbukti sehingga kini kerajaan masih menyimpan tahanan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menyatakan rasa kesal kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus digunapakai oleh kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
“Kami menyatakan sokongan agar mendesak kesemua baki 45 tahanan dibebaskan dengan segera. Kami ingin bersama turut berhimpun membantah kezaliman ISA yang telah dirancang pada 15 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting, Taiping jam 11.00 pagi.
“Kami yakin rakyat yang menentang kezaliman ISA akan turun bersama bagi menyuarakan bantahan dan kekejaman bukan sahaja kepada mangsa tetapi kepada seluruh ahli keluarga mangsa sehingga kini,” katanya.
Dr Raja Ahmad berharap rakyat dan terutamanya anak muda bangkit menzahirkan bantahan bersama . Beliau mengecam taktik menipu rejim BN yang mengaburi mata masyarakat antarabangsa melalui istilah ‘tranformasi’ yang dijanjikan akan mengubah akta lapuk ditamatkan.
“Pendedaha wujud baki tahanan ini bukti bahawa kezaliman ISA masih menjadi akta yang paling zalim yang masih dikekalkan sebenarnya. Rakyat umpama tertipu tentang penghapusan akta ini selama ini jika pendedahan mogok lapar yang dilancarkan oleh 45 orang tahanan yang masih berada di dalam kem tahanan tersebut diketahui umum juga akhirnya,” kata beliau lagi.
DPPP, menurutnya merancang untuk menjelajah seluruh negara untuk mendedahkan kezaliman ISA yang sebenarnya masih ‘kuat’ bertahan di dalam pemerintahan Dato’ Sri Najib.