Batu Caves : ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari menyelar sikap Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang sering melontarkan fitnah kepada pembangkang.
Kata Amiruddin, ceramah Datuk Hasan Ali dalam youtube kebelakangan ini telah menuduh Azmin Ali berkongsi isteri. Suatu tuduhan yang sama sekali tidak pernah berlaku.
“Kononnya persatuannya, JATI tidak mahu bersekongkol dan bekerjasama dengan Azmin Ali yang berkongsi isteri.
“Selain itu, Datuk Hasan Ali turut menyeru penduduk Gombak agar jangan memilih Azmin Ali kerana menurutnya perbuatan itu dikira bersubahat.
“Sayang sekali, ilmu tinggi tapi akal cetek, kenyataan tersebut memang berniat jahat”, ujar Amiruddin selepas Majlis Perasmian Ihya Ramadhan dengan menyampaikan sumbangan RM2000 setiap Surau dan RM1000 untuk Masjid sekitar DUN Batu Caves di Pusat Komuniti Taman Selayang, disini semalam.
Menurut Amiruddin, Pakatan Rakyat kesal dengan tuduhan fitnah yang direka tanpa membawa saksi dan bukti yang kukuh telah tersebar luas dalam laman youtube blogger pro UMNO baru-baru ini.
“Datuk Hasan Ali kena tahu salah satu akhlak dalam perjalanan undang-undang Islam ialah Islam menjaga maruah setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengaibkan sesiapa. Tak guna kalau beliau berhujah tentang akidah, penyatuan ummah dalam masa sama buat fitnah
“Apakah beliau lupa Firman Allah SWT, ‘Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik.’ (An-Nur :23:4)
“Saya teringat ketika beliau menjadi pesuruhanjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam, setiap kali Datuk Hasan Ali adakan ceramah, beliau sering kata, “Fitnah adalah pakaian orang UMNO sekarang beliau juga sikap seperti UMNO kerana suka membuat fitnah”.
“Usia semakin senja, sewajar nya Datuk Hasan Ali perlu banyak ibadat, perlu banyak bertaubat bukan menjadi pemfitnah,” katanya.
Tambah Amiruddin, walaupun Datuk Hasan Ali sering menafikan yang beliau bukan agen UMNO tetapi beliau sering kelihatan bersama pimpinan-pimpinan UMNO dengan menyertai ceramah-ceramah parti komponen UMNO.
Semenjak Datuk Hasan Ali mengadakan “roadshow” didapati ceramah tersebut sering gagal dan tidak mendapat sambutan masyarakat.
Terbaru, ceramah yang diadakan di perkarangan perumahan Taman Amaniah, Batu Caves juga gagal, rakyat tidak hadir. Rakyat sudah mual dengan fitnah yang dilontarkan.
Ceramah beliau yang kononnya untuk menyatukan perpaduan ummah dan akidah umat islam tidak mencapai matlamatnya dan sudah jelas ia adalah ceramah motif untuk menjatuhkan PR.
“Datuk Hasan Ali yang kita kenal dulu seorang pemimpin Islam, seorang pakar motivasi, seharusnya gunakan kelebihan yang Allah berikan kearah kebaikan, kini beliau semakin jauh dan menjadi melayu mudah lupa.
“Beliau banyak termakan propaganda umno, ucapan dan kenyataan beliau 90 kerusi untuk DAP akan bertanding dalam PRU 13 juga merupakan satu niat jahat,” ujarnya
Majlis dihadiri Pesuruhanjaya PAS, Dr Rani Osman, Ketua-ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Zon Batu Caves dengan menyampaikan bantuan Ihya Ramadhan kepada 18 buah surau dan 5 buah Masjid.