KL 6 Sept 12: Orang ramai dipelawa supaya mengadakan ibadat korban dan aqiqah di negara Aceh, Darussalam, Indonesia. Inil, kerana perlunya jambatan hubungan antara Aceh dengan Malaysia terus dilebarkan, demi kemafaatan agama dan bangsa.. Kata Pengrusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar).
“PKBAM yang baru diluluskan penubuhan kira-kira sebulan ini, mula mengorak langkah melalui aktiviti kebajikan dengan mengadakan sembelihan korban dan aqiqah di Aceh.
“Orang ramai, terutama dari generasi Bangsa Aceh sendiri dipelawa supaya membantu aktiviti ini. Bukan sahaja Bangsa Aceh di Malaysia, bahkan yang di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Sweden, Norway, Belanda dan di negara-negara Arab, Arab Saudi, Libya dan lain-lain.” Jelas Tengku Mansur.
Ditanya bagaimana hendak menolong aktiviti ini, katanya, “Mudah sahaja, sertai korban dan aqiqah melalui persatuan ini. Kami akan menyembelih binaang korban tersebut di pesantren-pesantren di Aceh, untuk disedeqahkan kepada pelajar-pelajar, anak yatim, dan orang miskin di sana.”
Ditanya berapa harga satu bahagian korban, “Harga lembu di Aceh agak mahal. Kalau di negara Kemboja, lembu yang cukup syarat korban di bawah RM1,000, di Aceh melebihi RM2,000. Kalau di Kemboja satu bahagian daging korban sekitar RM300, maka untuk korban di Aceh kami anggarkan sekitar RM400. ” Jelas Tengku Mansur lagi.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi..
Tgk Mansur Din 014 2243408
Tgk Syukri 019 6190145